Minggu lepas agak sibuk sampai kepala takde idea untuk menaip apa-apa di blog ini. Minggu lepas dan minggu ini juga cuaca agak panas menyebabkan aktiviti larian sedikit terganggu. Apa nak buat, kalau dipaksakan juga nanti lain pula jadinya.
Minggu lepas aku bersama budak-budak opis berhadapan pengalaman baru dalam kerja. Memberikan kunci rumah PPR Tehel dan Krubong pada ratusan penyewa bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memang memenatkan apatah lagi ada banyak masalah yang tak dapat diselesaikan. Tak perlulah nak cerita detail sebab ianya kisah jabatan yang tak boleh dikongsikan bersama.
Pada Sabtu lalu aku berkelana di pejabat isteriku sebab di pejabatnya tiada orang yang kerja maka kenalah aku ikut sekali. Bawa sekali dak Fatih memang tak dapat nak rehat bila dia yang lasak ini membuatkan terpaksa melayannya. Selepas pulang, aku terus melihat persiapan Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik Pulai. Melihat perkembangan banner, backdrop dan bunting. Nasib baik pembekal dah setelkan semuanya. Jadi aku yang TERPAKSA menjadi in charge benda-benda tu legalah.
Hari Ahadnya Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik Pulai bermula. Secara jujurnya aku berada dalam keadaan yang tak berapa tenteram sebab pagi tu bapaku masuk wad di Hospital Jasin. Menurut adikku, dia rasa sakit dada dan terus dimasukkan ke zon Kuning. Lepas YAB Ketua Menteri Melaka tiba merasmikan majlis aku terus beredar meneruskan perjalanan ke Hospital Jasin. Masa tiba ayahku sedang tidur. Wad dan katil yang sama seperti si Fatih duduk pada tahun lepas. Alhamdulillah hari Selasa bapaku discaj Cuma sekarang ni dia tak berapa selera nak makan. Harap-harap bapaku akan sembuh seperti sediakala. Doakan ye.
Selain itu, minggu ini juga handphone ku terjatuh di bilik air opis. Adoyai.. Memang nampak retak nya tapi nak buat camne, tahankan je dulu. Buat masa ni aku takde bajet nak tukar-tukar handphone ni. Lainlah kalau korang nak tolong belikan. Hahahaha..
Okay, minta maaf minggu ni artikel aku pendek dan tak berapa nak berinformasi. Terima kasih lah sebab korang sanggup baca artikel ni..
Sambil tu, kalau korang nak cari duit sampingan boleh try affiliate ni
Walaupun pendek tetap menarik untuk dibaca 🙂
telefon retak tak pe bro..jangan hati retak seribu..
tu la yang paling payah nak baiki
Selagi tak membahayakan, pakai dulu sebelum tukar baru.