Kegagalan merupakan satu perkara yang menjadi igauan ngeri pada kita. Kebiasaannya kita tidak mahu mengingati episod kegagalan yang berlaku dalam hidup kita. Namun ia adalah salah satu cebisan hidup yang boleh dijadikan sempadan dalam hidup kita. Kegagalan mengajar kita erti kesilapan dan seandainya kita mampu membetulkannya pasti jalan kejayaan akan ada di hadapan.
Memang banyak kegagalan yang aku hadapi dalam tempoh hidup singkatku ini. Secara tiba-tiba aku ingin mengimbas beberapa projek yang gagal dalam hidup. Bukan apa, bila kita mengenang kegagalan maka kita akan belajar semua dari kesilapan itu.

Sedangkan para jutawan seperti Richard Branson pun mengalami beribu-ribu kegagalan sebelum mampu membina empayar yang hebat. Jadi mungkin dengan senarai kegagalan ini mampu membantu aku untuk jadi lebih berjaya satu hari nanti.

unemp
Untuk entri ini, aku berkongsi mengenai kegagalan cuba untuk membangunkan forum website mengenai penganggur iaitu penganggur.org

– Projek ini dilaksanakan pada sekitar tahun 2005. Ketika itu aku baru je melepasi fasa penganggur yang agak lama iaitu telah menjawat tugas sebagai penganggur berijazah hampir 2 tahun.
– Aku telah menyewa hosting dan domain melalui syarikat mesrahosting.net yang mengusahakan portal mesra.net.
– Pada mulanya projek ini dirancang untuk menjadiakan ia sebagai platform untuk para penganggur :-

a. Mencari peluang pekerjaan
– Melalui website yang dirancang, para penganggur boleh mencari peluang pekerjaan. Pasti ia boleh membantu para penganggur yang sedang dalam fasa pengangguran. Ia merupakan salah satu bantuan sosial yang boleh dilakukan olehku.

b. Mencari peluang perniagaan
– Dengan terbinanya website yang khas untuk penganggur, akan wujud juga peluang perniagaan untuk mereka. Selain dari mencari kerja, mungkin juga ada yang mencari peluang perniagaan. Pasti ia satu tempat yang mempunyai potensi untuk dicari oleh para penganggur dan juga mereka yang ingin menawarkan peluang perniagaan.

c. Mencari peluang untuk menyambung pelajaran
– Selain mencari kerja atau mencari peluang perniagaan, mungkin juga para penganggur boleh mencari alternatif untuk menyambung pelajaran. Mungkin melalui website ini boleh dijadikan tempat untuk mencari tempat sesuai menyambung pengajian.

d. Mendapat khidmat nasihat mendapatkan pekerjaan/ peluang perniagaan / cari duit.
– Selain dari tempat berhimpunnya para penganggur, mungkin juga website ini boleh dijadikan tempat bagi mereka yang telah selamat dari fasa pengangguran. Mungkin mereka boleh memberi nasihat kepada mereka yang masih belum berjaya lagi.

e. Berinteraksi dengan penganggur lain melalui forum
– Melalui forum yang disediakan para penganggur dapat berkongsi idea dan maklumat sesama sendiri. Selain itu, mereka juga boleh membuka peluang di masa hadapan.

Perancangan Awal Projek

– Mengikut perancangan awal projek ini dijangka mampu menjana pendapatan melalui :-

a. Iklan dari syarikat berkaitan pencari kerja
b. Iklan dari pengiklanan ketiga
c. Syarikat menawarkan peluang perniagaan

Walaubagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan. Selepas aku melakukan setup menggunakan forum phpbb ia menjadi satu forum yang tiada penghuni. Akhirnya selepas 1 tahun projek tersebut mati.

Kenapa Gagal ?
Banyak sebab kenapa projek ini gagal. Antaranya ialah :-

a. Tiada pengetahuan mengenai forum. Walaupun menggunakan CMS forum phpbb yang sering digunakan oleh pemilik forum ni namun aku tidak mampu meneruskan usaha ini akibat tiada pengetahuan luas tentang pengaturcara. Lagipun dulu kena mempunyai ilmu yang cukup memandangkan tiada plugin SEO sehebat sekarang ni.
b. Tiada pemasaran. Memang pada masa tu langsung tak tahu pasal cara pemasaran di internet. Tu yang akhirnya forum tu tidak mempunyai pengunjung.
c. Tiada sokongan. Memang agak gagal sebab tiada sokongan moral. Ini kerana ingin buat sendiri sahaja sehingga tak mampu menjalankannya.
d. Tidak bijak menguruskan masa. Memang masa tu agak sibuk sebab baru je kerja di jabatan kerajaan. Kerja pula tu agak berbeza dari pengajian. Memang sukar nak meneruskan ..
e. Syok sendiri. Buat seorang diri tanpa ada kemahiran dan bantuan dari orang lain yang pakar.

Walaupun projek ini gagal tapi aku merasakan ia sebenarnya berpotensi untuk berjaya. Kalau ada yang ingin melaksanakannya, aku amat berbesar hati untuk bekerjasama. Tapi kalau ada yang nak buat tanpa aku pun tak mengapa, mungkin bukan rezekiku untuk projek penganggur.org

Sekian.

13 Replies to “Imbas Senarai Kegagalan : Projek Website Penganggur.org”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.