Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Aku baru perasan dalam blog ni aku tak pernah ceritakan projek tanam nanas sedangkan aku ni ada pengaruh juga dalam hal-hal nanas.
Meskipun tanam tak banyak menjadi tapi aku ada Facebook Page Nanas yang agak aktif juga lah. Korang boleh klik ni (https://www.facebook.com/nanasdotcom/ ) kalau korang juga peminat nanas macam aku.
Facebook page tu diam tak diam dah 399 follower setakat ini dan ada 375 like. Tanpa boost post atau guna kaedah viral mana pun.
Mungkin ada yang pandang sinis dengan angka yang tak lepas 1,000 tu tapi bukan mudah bagi orang yang teramat biasa macam aku ni.
Apa yang aku buat adalah post cerita nanas setiap hari. Kadangkala aku post benda yang simple je. Gambar nanas kat rumah. Takde pun tulis panjang lebar tapi alhamdulillah lebih kurang 5 post aku sertakan setiap minggu.

Banyak ilmu yang aku pelajari dari page itu. Kalau korang like atau follow page tu, pasti korang akan kagum juga tengok kesungguhan aku mencari info pasal nanas ni..
Untuk makluman korang, aku buka page tu disebabkan kegagalan aku dalam bidang pertanian nanas kira-kira 7 tahun lalu. Masa tu terbang lebih kurang RM5,000. Kononnya nak cuba berjaya tanam nanas tapi ilmu dan komitmen tak cukup kuat.
Habis gitu je. Tak silap dalam beberapa bulan lepas giveup aku mula buka page tersebut. Mulanya sekadar nak meluahkan perasaan kecewa tetapi tiba-tiba mula jatuh cinta dengan nanas sehingga ianya menjadi buah kesukaanku kini.
Masa dulu mana ada minat makan nanas ni. Tapi aku tiba-tiba menjadikan ianya buah pertama dalam hidupku. OOoo ye, bercerita pasal kegagalan nanas, aku juga sering diperli oleh rakan-rakan sepejabat yang mengetahui tentang episod kegagalanku ini.
Tapi aku tak kisah sangat sekarang ni sebab kawan-kawan dalam page Nanas itu cukup ramai. Meskipun aku hanya kenal beberapa orang sahaja dalam page tersebut namun ramai yang like kat post-post yang aku lepaskan.
Dulu ada juga terima komen negatif lebih kurang camni … ‘ Aik, buat page nanas , gambar nanas tapi tak pandai….’ Lebih kuranglah camtu. Mula-mula terasa juga nak delete page tu. Tapi lama-lama aku cuba buangkan sikap tu.
Dan jujurnya aku rasa 98% pengunjung FB page nanasdotcom itu adalah orang yang bersikap positif. Mesti diorang pun pemakan nanas tegar. Ye lah, nanas ada Bromelain yang mempunyai kekuatan terutama dalam mencegah kanser.
Mesti minda mereka cergas sebab banyak makan nanas..

Berbalik kepada tajuk utama iaitu aku mengajak korang menanam nanas. Kenapa? Menanam nanas adalah mudah berbanding tanaman lain. Tanaman nanas ni cukup kuat dah tak perlu penjagaan terlalu rapi.Dan paling mudah, adalah mendapatkan anaknya.
Korang boleh rujuk kat video aku ni untuk kaedah tanam nanas. Tanaman nanas juga bernilai komersial sekarang ni. Nanas MD2 yang cukup popular tu boleh mencecah belasan ringgit sebuah.
Bukan itu sahaja, bila korang tanam je nanas ni, anaknya akan tumbuh banyak. Ada lebih kurang 4-5 anak (dinamakan sulur) berada di kelilingnya. Ini pun boleh dijual dimana-mana.

Okaylah cukup setakat ini. Aku harapkan korang support FB Page Nanas dimana banyak informasi mengenai nanas akan dikongsikan dan mungkin korang boleh belajar atau memberi nasihat di situ.
Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.