Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Menyertai Persatuan Penduduk Taman merupakan satu kemestian bagi sesuatu komuniti. Walaubagaimanapun ianya semakin pudar akibat sikap individualistik pada zaman kini. Konsep kejiranan dalam sesebuah taman semakin terhakis apabila ramai yang mengejar materialistik tanpa bercampur gaul dengan komuniti. Kodokushi atau kematian tanpa diketahui jiran (dalam bahasa Jepun) telah mula berlaku di Malaysia ini dimana terdapat beberapa kes kita dengar di media masa. Salah satu puncanya akibat tiadanya Persatuan yang menyebabkan masing-masing tidak mengambil tahu tentang hal masing-masing. Tiada yang melihat situasi jiran masing-masing dan tidak mustahil isu ini boleh menjadi sesuatu yang biasa seperti di Jepun itu.

Berbalik semula kepada isu kelebihan menyertai Persatuan Taman aku akan menulis serba sedikit berdasarkan pengalaman. Secara jujur sebelum ini aku tidak menyertai persatuan taman di kejiranan sebelum ini. Bukan tak mahu sertai tapi tak tahu caranya. Namun selepas dilantik Setiausaha dan berjaya menubuhkan Persatuan Taman sendiri , aku ingin berkongsi serba sedikit kelebihan menyertai Persatuan Taman bagi anda. Antanya ialah :-

  1. Seperti yang aku nyatakan di atas, kematian adalah isu UTAMA yang aku fikirkan. Bayangkan kalau ada berlaku Kodokushi di kejiranan ini, pasti ia sesuatu yang menyedihkan. Kita tidak mengetahui status penduduk itu apatah lagi jika beliau tidak mahu menyertai persatuan. Sekurang-kurangnya jika anda menyertai persatuan, sudah tentu ada maklumat tersimpan dalam AJK Persatuan. Mereka boleh mengambil tindakan di atas maklumat tersebut. Bayangkan jika tiada Persatuan dan masing-masing buat hal sendiri. Jika berlaku isu kematian pastinya ia akan menyukarkan pihak berkuasa melakukan tindakan. Melalui Persatuan, mereka mempunyai kemampuan serta kuasa untuk menghubungi agensi berkaitan bagi menangani isu ini.
  2. Aktiviti kejiranan boleh diadakan. Dengan tertubuhnya Persatuan Penduduk akan memudahkan untuk diadakan aktiviti kejiranan. Agak sukar untuk buat sesuatu aktiviti tanpa ada sebuah organisasi mengepalainya. Nak buat aktiviti gotong royong, jamuan, rondaan perlu ada kesepakatan dalam taman. Dengan menyertai Persatuan Taman, anda boleh mencadangkan aktiviti kejiranan serta mengikuti sekali aktiviti tersebut tanpa rasa malu.
  3. Mengenali satu antara lain. Kebiasannya di zaman sekarang ni, kita sukar untuk mengenal jiran hatta di dalam lorong sekalipun. Aku sendiri pun tak kenal ramai orang di lorong ni. Kalau ada persatuan ia akan lebih mudah untuk bercampur gaul. Ketika ada aktiviti yang dijalankan kita boleh berkenalan sesama sendiri. Ia lebih santai sekaligus mengeratkan tali silaturrahim. Mana tau jiran-jiran tu adalah saudara mara jauh yang tidak diketahui. Bila ada suai kenal ketika aktiviti akan menambahkan lagi kenalan antara satu sama lain. Bila dah mula kenal satu sama lain bolehlah kita bantu membantu sama lain selepas ni.
  4. Sebarang masalah boleh disalurkan kepada Persatuan. Mungkin sebelum ini kita ada isu tentang longkang, taman permainan dan sebagainya. Melalui Persatuan , mereka mempunyai kemampuan untuk menyampaikan isu ini secara kelompok. Kalau secara individu mungkin sukar untuk anda mendapat maklumbalas tetapi dengan persatuan ia lebih mudah. Tetapi perlu diingatkan, Persatuan adalah NGO dan bukannya wakil kerajaan. Jadi anda tidak boleh mengharap Persatuan akan mencari masalah anda. Mereka tiada kuasa seperti MPKK atau ketua kampung yang boleh merujuk terus kepada agensi kerajaan. Jadi anda perlu bersabar sedikit.
  5. Keselamatan boleh menjadi agenda dalam Persatuan. Meskipun begitu, ada satu lagi badan iaitu Skim Rukun Tetangga boleh diwujudkan untuk memastikan keselamatan penduduk. Ia mempunyai kuasa untuk melakukan rondaan di kawasan kejiranan. Untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ini perlukan individu yang mampu memberikan komitmen. Dengan menyertai Persatuan Taman, individu yang akan menganggotai KRT dapat dikenalpasti. Kalau tiada Persatuan Penduduk mungkin akan menyukarkan untuk mencari individu yang berkelayakan. Elok kiranyaAJK Persatuan dan AJK KRT adalah individu berlainan bagi memisahkan tanggungjawab dan kuasa antara satu sama lain.

Itu serba sedikit kebaikan menyertai Persatuan Penduduk yang mampu aku senaraikan. Kalau korang ada penambahan boleh kongsikan di bahagian komen ye..

2 Replies to “Kelebihan Menyertai Persatuan Penduduk Taman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.