Assalamualaikum semua..

Minggu yang lalu aku menghadapi kesibukan yang melampau. Sukar untuk meneruskan penulisan tatkala kena bertugas malam. Bukan tugas di pejabat sebaliknya tugas sebagai Setiausaha Persatuan Taman. Memang bukan satu tugas yang mudah bagi diriku untuk menulis di blog ini tatkala perlu menyelesaikan hal-hal taman. Hal seperti menyiapkan akaun bank Persatuan , menjalankan aktiviti Jamuan Perdana Taman dan aktiviti pendaftaran Persatuan Taman perlu dilaksanakan dalam bulan April lalu.

Itu antara punca aku tidak dapat mengemaskini blog-blog termasuklah blog ini. Untuk artikel kali ini aku kongsikan sedikit pengalaman tentang 3 aktiviti yang aku dan team AJK Persatuan berjaya laksanakan pada bulan April ini.

  1. MENYIAPKAN AKAUN BANK PERSATUAN

Untuk menyiapkan akaun bank persatuan ni banyak juga cabaran yang perlu ku hadapi. Mula-mula sebenarnya ada isu pada Bendahari. Bukan apa, Bendahari yang dilantik merupakan kakitangan di PUSPAKOM yang sibuk dengan kerja-kerja teknikal. Agak risau kalau nak dapatkan komitmen terutama mendapatkan sign. Mula-mula cuba melantik orang lain tetapi orang yang nak dilantik tidak menerima. Selepas beberapa kali mencuba, tetapkan dengan Bendahari asal dan beliau sanggup meneruskannya.

Kami memilih Bank Islam cawangan Ayer Keroh sebagai bank persatuan. Bukan apa, bank ni agak dekat dengan pejabatku jadi mudah untukku berurusan berbanding bank-bank lain. Mengikut PERLEMBAGAAN persatuan (ikut format ROS), ketiga-tiga AJK Tertinggi iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu menandatangani cek dan untuk itu ketiga-tiga individu tersebut perlu hadir untuk mengikut proses di bank. Nasib baik ketiga-tiga(termasuk aku) dapat hadir serentak meskipun mengambil sedikit masa kerja mereka.

Daftar tiada masalah besar dan menunggu kira-kira 2 minggu untuk kelulusan. Dah lulus, aku cuba tanya cara untuk internet bankers. Rupa-rupanya kena lagi ubah di minit mesyuarat. Jadi aku rasa elok tak perlu guna internet bankers dulu. Lagipun kami hanya AJK penaja. Mana tau tahun depan berubah AJK, leceh pula kan.Biarlah guna secara manual dan minta penyata kat bank je buat masa ni.. Memang mungkin akan nampak leceh tapi nak buat camne. Itu cara yang tak melecehkan di kemudian hari.

Alhamdulillah dengan adanya akaun bank ini maka bolehlah aku minta sponsor dari pihak-pihak berkaitan. Aku nampak beberapa organisasi yang boleh di’pau’ selepas ini.Diharap Persatuan ini akan mendapat limpahan kewangan dari individu yang ber’WANG’. Kalau tidak alamat tak bergerak le persatuan ni nanti.

2) MAJLIS JAMUAN PERDANA PERSATUAN TAMAN

Ini antara cabaran berat aku minggu lepas. Apa taknya, mula-mula ada individu yang dengan beraninya ingin SPONSOR majlis jamuan ini tetapi 2 hari sebelum majlis dia boleh nak pinjam duit dengan kami. Katanya nak selesaikan pembayaran untuk program ini. Memang nak pitam je rasa bila diBEBANkan dengan isu ini. Nasib baik ada beberapa individu yang sanggup untuk melepaskan duit untuk membantu menyelesaikan isu ini. Aku sendiri pun terpaksa BERKORBAN beberapa ratus ringgit untuk program jamuan perdana ini.

Menariknya ini kali pertama aku handle program sebesar ini. Biasanya kalau majlis di opis, ada orang lain yang lebih atas handle program ini. Tapi kali ini aku jadi antara yang atas. Program ini bukan sekadar jamuan malahan kami menjemput YB ADUN Kawasan untuk merasmikan Persatuan Penduduk ini. Mencabar jugalah nak melaksanakan walaupun tidaklah besar mana tapi tetap kena ada bantuan antara sesama ahli juga.

Cerita tentang Jamuan ni pun aku mendapat lagi PENGAJARAN buruk iaitu ‘Jangan Percaya Kepada Janji Meskipun Orang Itu Lebih Tua dan Nampak Berpelajaran’. Selepas ini, kalau ada nak sponsor kami akan minta duit atau barang secara terus sahaja. Malahan isu ini juga memberikan persepsi buruk padaku kepada orang yang berjanji tu. Aku pun malu pada AJK sebab aku antara orang yang bersetuju dengan perjalanan program ini walaupun sepatutnya boleh dipertikaikan sebelum ini. Nak buat camne, nasi jadi bubur kenalah aku hadap separuhnya.

3) PENDAFTARAN PERSATUAN TAMAN

Selepas tamatnya majlis jamuan, aku perlu ‘handle’ Pendaftaran Ahli Persatuan Taman. Hampir seminggu juga malamku berada dibalai raya untuk menunggu pendaftaran ahli. Pada minggu pertama memang agak ‘krik-krik’ dimana yang datang pun AJK dan beberapa kerat ahli luar. Tetapi lepas masuk minggu kedua pendaftaran telah mula bertambah dan setakat ini (1 Mei 2019) 56 ahli telah mendaftar. Kira 20% dari keseluruhan rumah di Taman ini. Mungkin ada yang ingat 20% itu sikit tetapi ia masih banyak sebab kalau ikutkan mungkin 10% lagi rumah tidak diduduki atau dijadikan sebagai homestay. Selain itu kaum Cina dan India nampaknya tidak mahu mendekatkan diri dengan persatuan. Manakala yang lain tu tak dapat dikesan. Takpelah memang ini lumrah bagi Persatuan Penduduk. Aku masa duduk rumah lama pun tak pernah tau yang taman tu ada persatuan atau tidak.

Ketika proses pendaftaran tu aku jengok-jengok juga orang yang pernah komplen dalam Whatsapp dan menilai serba sedikit manusia. Ye la, kadang-kadang kat Whatsapp bukan main bersuara tapi bila kat depan senyap sunyi je. Itu belum lagi yang kat Whatsapp group komplen sana sini tapi tak mendaftar pula. Takpelah. Itu hak masing-masing.

Itu adalah cerita pasal Persatuan yang aku handle. Korang rasa penting ke melibatkan diri dalam Persatuan Penduduk ni? Inshallah kalau aku ada kelapangan, ada artikel tentang penting atau tidak terlibat dalam Persatuan ni. Sebab dalam group Whatsapp taman pun ada juga yang bertanya apa kelebihan Berpersatuan dan kekurangan kalau tak terlibat dalam Persatuan. Rasanya elok kalau aku buat satu artikel yang mungkin boleh dikongsi dengan orang lain juga..

Sekian untuk artikel kali ini.

Sedikit gambar berkaitan ..

Daftar Ahli Persatuan

Gambar Drone ketika Jamuan Perdana
Beri cenderahati kepada YB ADUN. Sekali pakai sandal nampak jari la pula

One Reply to “Penubuhan Persatuan Penduduk : Pengalaman Mendapatkan Ahli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.