Bermacam cerita minggu ni yang boleh aku kongsikan di sini. Minggu ni bermula dengan biasa sahaja. Cerita kerja yang tak berkesudahankan.
Kursus pertolongan cemas ku hadiri di Puteri Resort. Agak kelam kabut sebab urusetia mula-mula meng’confirm’ yang pihak hotel dah sediakan projektor bagai tapi sebaliknya berlaku.
Nasib baik opis ku tak berapa jauh tapi memang bengang jugaklah pada masa tu. Kursus pertolongan cemas tu memang bagus tapi ianya diadakan sehari je. Jadi memang banyak yang tak tau.
Apa yang boleh diajar oleh penceramah dari Persatuan Bulan Sabit Merah adalah perkara ‘basic’ dan diajar dalam tempoh yang singkat. Dapatlah sikit sebanyak aku belajar tentang kaedah CPR.
Nampak macam senang je kalau tengok kat tv, tapi ada beberapa step yang kena pelajari. Aku pun ingat-ingat lupa lepas ada praktikal tempohari. Tapi ada buku rujukan mungkin boleh diingatkan semula.
Selain CPR, ada juga diajar tentang cara mengikat bandage. Memang terkial-kial juga aku nak buat tapi sikit sebanyak pengalaman dapat diterapkan dalam diri.

Acah-acah dengo. Tapi tak paham
Acah-acah dengo. Tapi tak paham

OO ye, ada juga ujian bertulis yang dilakukan untuk mendapat sijil. Aku mensarankan kepada korang semua agar pergilah mencari peluang untuk belajar pertolongan cemas ni. Aku pun mungkin nak belajar secara individu di masa hadapan.
Sebab yang aku belajar sehari ni tak mencukupi. Kalau ada sijil dan ilmu, mungkin kita boleh memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terbabit dalam kemalangan. Ini penting pada masa hadapan. Kurang-kurang kita boleh buat CPR untuk membantu mangsa.

Minggu ini juga, anakku genap setahun (tahun masihi). Agak sedih sebab anakku kurang sihat. Demam dah baik tapi badan ada merah-merah. Mungkin demam campak, tapi tak doktor kata bukan. Alhamdulillah tatkala artikel ini ditulis, kemerahan telah hilang dan nampak seperti akan sembuh seperti biasa.

keluarga-ku
Sambutan Hari Lahir anakku disambut di rumahku

Aku dan isteri membuat sambutan hari lahir ala kadar sahaja. Hanya disertai oleh keluargaku sahaja. Meriah jugalah dan Fatih dapat beberapa hadiah seperti baju dan kerusi makan. Di samping itu aku juga membeli sate  di Kelubi. Antara sate terbaik yang kami rasakan di kawasan Jasin ni. Dagingnya terasa kemanisannya.
Memang sate yang dicadangkan kalau korang tersinggah di Jasin. Ianya berhadapan Stadium Rim, Jasin, Melaka. Ala, kalau aku ceritakan kat mana pun belum tentu korang tau. Lainle kalau korang memang orang Jasin.

Selain itu, aku juga menjadi urusetia kecil bagi majlis perasmian rumah contoh Rumah Mampu Milik Ayer Pasir. Majlis yang berlangsung pada 15 Mei 2016 pada jam 3.00 petang yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj Idris bin Haron.

idris-haron-sign
YAB Ketua Menteri menandatangani plak majlis perasmian rumah contoh Rumah Mampu Milik Ayer Pasir, Machap, Melaka

Memang meriah juga majlis tersebut dengan kehadiran bakal pembeli dan orang ramai. Aku yang bertugas sebagai urusetia bahagian ambulan dan Kesihatan terasa sedikit kecewa sebab tak dapat menguruskan dengan baik. Para petugas kesihatan tak dapat ku layan dan bagi tempat yang selesa sebab mereka sampai lambat.
Nak buat camne. Memang pelbagai cabaran minggu ni. Sebelum tu, aku tak dapat hadir mesyuarat terakhir akibat masalah berkaitan printer kat opis nu. Memang mencabar emosi pada masa ni. Ooo, bagi korang yang duduk di Melaka dan belum ada rumah, aku mensarankan korang cuba untuk apply rumah mampu milik di Ayer Pasir ni.
Memang nampak agak jauh tapi sebenarnya boleh sampai ke Ayer Keroh kurang dari 30 minit je. Dengan pelbagai pertambahan prasarana aku yakin kawasan ini akan jadi lebih maju pada masa hadapan.

 

|Like Page Jom Beli Rumah untuk dapatkan tips-tips beli rumah |

 

Aku juga mengambil surat dari kampung. Adoyai, bil cukai taksiran rumah telah naik hampir 100%, lepas tu cukai tanah pula tu ada tunggakan dari tahun 2014. Memang kena buat bayaran untuk cukai tanah ni. Sekarang ni memang semuanya naik je. Nak buat camne kan. Korang pula camne? Dah tengok cukai taksiran dan cukai tanah? Ada naik tak?

Okay, cukuplah setakat ini. Masih berasa penat sebab majlis perasmian petang tadi. Ni pun rasa cam nak tidur je. Terima kasih kerana membaca ye.

2 Replies to “Kursus Pertolongan Cemas, Sambutan Lahir Anak, Majlis Perasmian Rumah COntoh Rumah Mampu Milik Ayer Pasir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.