Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi yang kenal diriku mungkin mengetahui aku sedang mencuba homestay Residence .Agak lama untuk menyiapkan segala-galanya . Beberapa tahun lalu aku pernah buat homestay rumah teres tapi aku stop sebab dapat surat pink dari PBT berdekatan.

Memandangkan aku telah memberanikan diri untuk membeli sebuah rumah residence maka aku kembali dengan projek Homestay. Agak lama nak bermula sebab kekangan terutama dari segi modal. Lepas setahun dapat kunci barulah aku mula . Itupun target di kalangan kawan-kawan yang boleh kawtim sepatutnya.

Bulan Disember adalah hari cuti sekolah jadi pengunjung pasti ramai. Pelanggan pertamaku adalah seorang kawan yang dikenali, Dan disebabkan itu, bolehlah berlebih kurang. Aku cuba untuk promote pada kawan-kawanku untuk bulan Disember tapi nampaknya mereka tidak berminat. Mungkin sebab dah ada tempat bercuti yang lain ataupun tidak bercuti. Jadi aku cuba dapatkan pelanggan melalui dalam group. Dan dapatlah pelanggan yang tak dapat bersua muka pun.

Pelanggan ni agak cerewet sikit dan nampaknya benda yang aku sediakan di homestay tidak mencukupi.. Antara yang diminta adalah :-

  1. Peti ais. Okay aku memang ada perancangan nak beli peti ais kecil atau mini bar. Tapi lepas mendapatkan pandangan kawan-kawan mungkin kena beli peti ais yang 1 pintu. Antara yang dicadangkan adalah
  2. Tuala Mandi
  3. Seterika
  4. Microwave

Yang nak beli boleh klik kat link atas ye.

Tapi takpe,. Ini pengajaran yang boleh aku ambil. Antaranya :-

  1. Kena sediakan ikut yang sepatutnya. Memang permohonan yang dinyatakan oleh pelanggan ni agak patut.
  2. Kena bersedia awal dan ada standby benda-benda yang menjadi keperluan di homestay.
  3. Pelanggan memang pelbagai karenah tapi kena ambil perhatian juga..

Ada yang nak tempah homestay di Melaka ? Nanti aku bagitau bila dah ready ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.