Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Korang pernah melawat ke perkampungan Cina? Ikutkan dekat je kawasan tempat tinggal ni memang ada kawasan yang majoriti penduduk berbangsa Cina iaitu di Machap Umboo dan Machap Baru.
Untuk sambutan Tahun Baru cina ni, aku dengan anak dan isteri pergi lah singgah ke Machap Baru. Memang meriah la dengan tanglung, mercun dan hiasan-hiasan dari kaum Tionghua ni.
Aku pergi ke SJKC Machap Baru untuk bergambar dengan lampu-lampu dan hiasan di sana.
Ni serba sedikit gambar untuk kenangan aku
Memang aku respek dengan komuniti Cina di sini. Boleh buat satu kawasan yang meriah meskipun rumah-rumah lama. Memang bukan mudah nak mengumpulkan generasi-generasi untuk bersama-sama menyambut perayaan tersebut.
Macam mana sambutan Tahun Baru Cina kat tempat anda? Boleh kongsi sikit..