Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku tak tau ini kali keberapa tapi sekali lagi tangki rumahku overflow ( tahun 2019 ) . Cabaran lagi selepas beberapa hari sebelum ni dah kena overflow (boleh tengok video Tiktok kat bawah).
Sebelum ni aku ada pakai plumber yang kurang ku minati dengan kerjanya. Tapi terpaksa layankan je sebab takde sumber untuk ku cari plumber yang sesuai di kawasan berdekatan.
Ianya berlaku pada hari 27.1.2022 lalu. Kena caj RM100, tapi takpelah sebab SKILL paip ni bukan semua orang boleh buat. Lagikan tanganku yang memang tak bedung ni. Nanti lagi rosak. Tapi malang apabila kerosakan sama terjadi semula malahan air keluar lagi mencanak macam juga duit gajiku bulan ini. Aku wasap la plumber ni dan dia janji nak datang Selasa. Memandangkan aku nak segera pakai air , alternatif lain cuba di cari,, (ketika aku menaip entri ni terjumpa Senarai Tukang Paip Melaka di laman web Syarikat Air Melaka Berhad).
Jadinya aku gunakan khidmat tukang paip yang pernah NAK berurusan sebelum ni. Alhamdulillah dapat set appoinment pada hari Isnin. Mulanya nak set lepas kerja tapi diorang pun ada masa kerja. Jadi kenalah aku ambil half day untuk menyelesaikan isu paip ni. Alhamdulillah janji ditepati. Kira-kira jam 2.40 tiba di rumah dan masuk untuk melihat. Ikutkan kawan seTaman suruh bypass tapi plumber ni menolak cadangan ni. Aku tak tau kenapa sebab bukan kepakaran. Kalau degil kang, dia tak nak buat lagi susah.
Jadi ku ikut sahaja cadangannya. Dia tengok atas siling dan memberitahu bahawa pemasangan tidak baik dan ada juga kebocoran disitu. AKu siap tanya samada ada tukar pelampung baharu (boleh beli pelampung sini ) atau tidak . Plumber ni jawab ye.. Nasib baik. Bukan apa, kadang-kadang kita ni lurus dan tak berapa pandai hal paip ni. Mudahle kena MAKAN..
Kerosakan yang dimaklumkan adalah ELbow PVC (kalau nak beli boleh masuk link ni ) dah bocor yang menyebabkan menitik dan berbunyi dari pagi sampai ke tengahari. Lebih kurang 1 jam setengah pembaikan dilakukan. Apa yang dibuat adalah ganti Elbow PVC ke tangki, ganti tangkai pelampung yang patah (katanya pemasangan tak sempurna menyebabkan pelampung tu berpusing-pusing dan air tak dapat disukat sempurna). Selain itu, dia gam beberapa tempat.
Setakat jam 9.16 malam, nampak tiada bunyi titisan air cuma yang masih tak best bunyi dengungan air ke tangki masih ada. Ye lah, sebab pemaju pakai paip kecil . Memang bunyi kuat. Kalau sebelum ni kurang seminggu jadi semula, aku harapkan yang kali ini tidaklah menjadi lagi. Lagipun plumber kali ni yang berdaftar dengan SAMB kan.. Takkan takde tauliah pula..Untuk kali ni kena RM150 pula. Terkedu sekejap tapi itulah kerja SKILL.. Memang takde harga yang TETAP macam barang makanan kan. Mahal ke atau berpatutan aku tak tau. Mungkin korang lebih tau..
Aku harap entri kali ini bukan sekadar cerita kosong. Ia boleh mengingatkan kembali kali terakhir pelampung diganti yang boleh dijadikan sebagai peringatan di kemudian hari. Dan ia juga boleh menjadi panduan korang semua. Kalau ada yang mempunyai keberanian, elok cuba DIY sebab barang-barang tu kalau beli pun tidaklah sampai RM50 pun. Cuma kena ada keberanian la.
Ooo ye, kepada adik-adik yang berminat dengan kerja-kerja sebegini aku sarankan buatlah. Memang boleh cari MAKAN. Dan lagi penting korang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Lebih mudah korang nak BANTU orang kampung yang mengalami kerosakan paip nanti.