Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Diam tak diam tak sampai tarikh hijrah yang baharu. Mungkin kita leka sebab dah terbiasa dengan tarikh Masihi. Tapi pada tahun ini pasti ada perbezaan berbanding Hijriah 1439H yang lalu.
Tahun ini merupakan tahun pertama kami kehilangan bapa, Mohamad bin Hamid yang telah meninggal pada 26 Rabiul Awal 1439 Hijriah. Kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hayatku.
Pada tahun Hijriah ini juga menyaksikan aku pertama kali bermalam di wad menjalani pembedahan Tonsil yang merupakan pengalaman MATI yang tak dapat diingati. Menjalani pembedahan dan merasai saat hilang beberapa jam adalah satu pengalaman yang juga kuingati sepanjang hidup ini (seandainya masih mampu mengingati).
Bukan itu sahaja, aku juga merasakan tubuh badanku terasa lemah sekali. Malahan beberapa ujian menunjukkan yang aku berisiko untuk mengalami penyakit berisiko tinggi (kencing manis, penyakit jantung(kolesterol tinggi), ghout ).
Tak mengapalah, itu tandanya aku perlu muhasabah diri sebab mungkin waktu semakin dekat.

Berbalik semula pada tahun 1440H. Aku mempunyai beberapa azam yang perlu dicapai pada tahun 1440H ini. Dan aku harapkan artikel ini akan dijadikan panduan untuk aku meneruskan impian di tahun 1440H.

1) Melakukan ibadah korban. Secara jujurnya tahun lepas aku ada impian untuk mengadakan korban tetapi entah kenapa perancangan tak menjadi. Sekarang ni aku merancang untuk menyimpan sebulan sekurang-kurangnya RM50 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank tertentu. Kiranya masuk Aidiladha tahun depan dah ada dalam RM600.
Inshaallah cukuplah untuk buat sebahagian tu. Kalau boleh nak ajak adik beradik sekali buat korban untuk buat seekor lembu sebab adik beradik ada 4 orang yang bekerja. Mungkin mampu tanggung sikit untuk adik beradik yang tak bekerja serta mak. Inshallah.

2) Khatam Al-Quran. Malu nak sebut tapi aku hanya sekali je khatam Quran. Tu pun masa sekolah. Bukan tak pernah cuba tapi selalu sangkut je. Sekarang ni cuba perlahan-perlahan. Lagipun sekarang ni dah ada My Quran App yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

3) pergi Umrah. Seperti orang lain aku juga ingin melawat Mekah tapi secara realistik mungkin sukar untuk dicapai pada tahun ini. Tapi andai kata ada rezeki lebih mungkin akan cuba diusahakan.

4) Berusaha jadi lebih baik dari dulu. YUp, solat jemaahku banyak lompang lompang. Nak kata jauh dari masjid tak juga. Hanya 0.5 kilometer je dari rumah. Lagipun ada kereta dan motosikal tapi tulah kemalasan yang melanda diri ini. Semoga lepas aku berkelana di tempat lain nanti akan cuba diisi masa dengan solat jemaah di masjid kariah berdekatan.

Aku juga mengharapkan dapat solat terawih dengan lebih banyak pada tahun ini. Inshallah.

Itulah serba sedikit impian ku pada Hijrah 1440H ini. Semoga tercapai semuanya. AMIN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.