Assalamualaikum semua..
Dah dua hari kita memasuki tahun baru 2019 dan perjalanan hidup semakin singkat. Beberapa hari sebelum tahun baru aku berjaya melakukan sesuatu yang aku ingin lakukan sebelum ini iaitu mendaki di Bukit Beruang atau Bear Hill.
Sebelum ini aku lebih banyak mendengar dan membaca tentang ramai orang termasuk dari luar yang mendaki Bukit Beruang ni. Jadi perasaan ingin mendaki itu terbuku dalam hati.
Aku berkesempatan deal dengan seorang rakan yang pernah melakukan pendakian di Bear Hill ni. Aku tetapkan pada jam 8.00 pagi Sabtu untuk melakukan pendakian ini. Aku bertemu dan melalui Taman Bunga Raya dimana aku melalui Jalan Teratai 3 untuk menuju ke lokasi pendakian.
Aku sedikit gusar memandangkan aku juga sudah lama tidak melakukan aktiviti larian. Takut juga stamina takde nanti. Tapi alhamdulillah berjaya tiba ke Check Point dalam tempoh masa kira-kira sejam. Jurupandu memang dah biasa lalu jalan ni cuma mungkin dia dah lama tak ke sana.
Nampak mencungap juga dia. Hehehehe. Kesian kena melayan abang berusia 40-an ni mendaki bukit yang setinggi 116.3 meter ni. Aku berjaya sampai ke satu kawasan yang agak cantik viewnya. Sempat bergambar sedikit lebih kurang untuk dijadikan kenangan.

Melalui laluan denai ni kena hati-hati sikit. Dari segi pernafasan aku masih mampu bertahan tetapi aku sedikit risau jika tersilap langkah. Ye lah, kalau silap pergerakan boleh mengakibatkan kecederaan dan pasti ia akan mendatangkan keadaan lebih teruk lagi.
Ketika mendaki tu, jurupandu yang dikenali sebagai Zaini menceritakan pengalaman beliau. Selain dari Bukit Beruang ni dia juga dah daki Bukit lain seperti Bukit Batu Lebah,Bukit Saga dan beberapa lagi bukit yang diceritakan.
Agak menarik juga beliau menceritakan pengalaman beliau. Ada juga kisah perit apabila ada yang mengambil masa sehingga hampir sehari. Pasti ia merupakan pengalaman yang menjadi titipan sejarah kepada beliau.

Kira-kira pukul 9.30 pagi kami turun dengan melalui jalan trek bertar. Aksi menurun ni boleh tahan juga mencabar sebab ia agak menjunam. Kena berhati-hati supaya tak terjatuh dengan kecuraman jalan tersebut. Selesai dalam pukul 10.00 pagi singgah sekejap minum di depan Sekolah Bukit Beruang tu.
Aku pun berborak-borak sambil minum teh o kosong dan mee goreng. Heheheh. Tambah kalori sikit selepas tak makan benda berat sebelum tu.
Agak malang sebab aku tak setkan Olike Neo. Tak dapat nak anggarkan berapakah jarak sebenar kami berjalan disitu. Mula-mula ingatkan Olike Neo tu auto kesan jarak tapi tak sebenarnya.

Ketika nak pulang kira-kira jam 11.00 pagi aku ambil keputusan untuk layan lari sekejap di Taman Botanikal Ayer Keroh. Yang ni barulah peluh mencurah-curah keluar dan terus balik ke rumah.
Alhamdulillah sedikit peluh dikeluarkan selepas tiada aksi-aksi beriadah pada bulan itu.
Semoga pada tahun 2019 aku akan meneruskan aktiviti riadah untuk kekal Fit. Bak kata Menteri Belia dan Sukan ‘Fit itu hak semua rakyat Malaysia’. Jadi marilah kita beriadah. Mendaki juga adalah salah satu aktiviti baik untuk kesihatan diri kita.

View yang agak menarik. Penat hilang selepas dapat bergambar di sini
Olike Neo yang membantu mengesan pergerakan . Menariknya ada GPS dalaman
Laluan awal untuk mendaki
Sempat berselfie di Check Point.

Inshallah lepas ni nak cuba buat sampai ke puncak pula. Oo ye, lepas je balik rumah tak sempat nak tidur. Kena hantar kereta isteri pula ke bengkel sebab wheel bearing dah berbunyi. Penat juga seharian tu…

 

4 Replies to “Mendaki di Bear Hill”

    1. dulu dengar khabarnya pernah jadi habitat beruang.. tapi sekarang ni dah takde..
      dah dikelilingi manusia yang bew’wang’//

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.