Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau anda pengikut blog ini mesti mengetahui salah satu impian aku adalah ingin menghasilkan buku sendiri sebagai masterpiece kehidupan.
Ia juga menjadi salah satu azam aku untuk tahun ini.
Dan ianya bukanlah azam tahun ini sahaja malahan 5 tahun yang lalu pun aku pernah impikan ada buku fizikal sendiri.
Memang sukar kalau bersendirian untuk melakukan sebarang kerja-kerja termasuklah kalau nak jadi penulis buku. Aku sendiri pun tergeliat nak menghabiskan beberapa mukasurat tapi alhamdulillah baru-baru ini, tok guru sudi untuk bekerjasama.
Dia sanggup untuk membantu aku menulis separuh lagi intipati buku tersebut. Ini pasti peluang yang aku nantikan. Seperti kata pepatah ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Eh, ada kena mengena tak? Anggap je la ada ye.. Hehehehe
Sememangnya ia satu peluang yang baik bagi aku untuk memastikan impian ini tercapai. Kalau buat sendiri sudah pasti aku perlu melaksanakan semua kerja-kerja terutama teknikal yang amat memeningkan. Walaupun aku mungkin tidak menerima habuan yang sepatutnya tetapi menghasilkan anak pertama itu paling penting.
Buku pertama adalah permulaan perjuangan sebelum terbitan buku-buku yang seterusnya. Aku dah ada beberapa tajuk lagi selepas ini. Buku tajuk apa yang pertama ni? Tajuknya belum dipastikan tapi ianya berkaitan dengan perkara yang dekat dengan pekerjaanku iaitu hal perumahan.
Ye, aku nampak peluang di situ untuk mengembangkan bakat penulisan ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin selama ini hanya blog menjadi penyeri untuk aku mencurahkan ilmu, idea dan luahan hati tapi akan datang BUKU sebagai rujukan.
Memang banyak cabaran mendatang dan persoalan yang dikemukakan tetapi jika tidak mencuba ianya akan menjadi penyesalan dalam hidup. AKu tak nak memikirkan hal marketing dan sebagainya sebab ianya hanya akan membantutkan usaha murni ku sahaja.
[ Mari Belajar Menulis : Menghadiri Bengkel Menulis Buku ]
Disamping itu aku juga ingin memperbanyakkan bacaan buku agar mindaku semakin berkembang. Ooo ye, aku baru sahaja menerima buku ‘The Total Money Makeover’ dari Dave Ramsey , salah seorang pakar kewangan dunia. Ia merupakan buku pertama yang aku beli dari Amazon.com. Alhamdulliah tiba kurang dari 2 minggu. Kira cepat juga buku dari US ni tiba ke rumah.
Sekarang yang penting adalah aku ingin mencari banyak buku untuk dibaca bagi memperbaiki lagi gaya penulisan. Semoga mimpiku untuk memandang bukuku di kedai Buku MPH bakal terlaksana pada tahun ini. AMIN..
Nanti bila buku tu berjaya akan ku maklumkan di sini. Doakan aku berjaya ye…