Hari ini aku nak tulis pasal satu je aktiviti. Aktiviti aku menghadiri seminar setengah hari yang bertajuk ‘Building Local Capacity in Understanding Analyzing and Visualizing Big Data In Malaysian Cities In Melaka‘.
Bila baca tajuknya memang cukup mengkagumkan. Apatah lagi kalau tak faham apa maknanya kan? Rasa cam handal je datang seminar ni (walaupun bukan paham sangat pun). Seminar ini diadakan di Hotel Swan, sebuah hotel yang terletak di 1, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka. Malaysia (GPS: 2.193967,102.237273).
Hotelnya tak susah sangat nak cari. Berdepan Wisma FaithView. Aku sampai dalam pukul 8.00 pagi dimana antara yang terawal berada dalam bilik tersebut. Aku diberi kertas kajiselidik mengenai ‘Big Data’ dan kebanyakannya jawapan ku adalah JUJUR iaitu aku letak angka 2 menandakan aku tak FAHAM apa yang diinginkan dalam soalan itu. Hahahaha.
Upacara majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Wira Hj Md Yunos bin Husin, EXCO Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka. Ucapan perasmian ringkas dan kami dijamu untuk ‘morning tea break’. Agak kelam kabut juga hotel ni. Dah le dari tingkat 10 kami turun ke tingkat 2, makanan pun tak berapa nak ada. Air minum pun lambat sampai. Tapi takpelah, sebabkan ianya dibayar oleh pihak urusetia maka kami pun layankan juga nasi lemak dan roti jala.
Bolehlah untuk mengisi perut untuk bersedia mendengar pembentangan dari panel-panel. Pembentangan pertama dibahagian kepada 2 orang iaitu dari Dr Catherine Mulligan (Imperial College) dan Dr Adam Rae mengenai tajuk ‘Future Cities Catapult’. Kedua-dua pembentangan itu dalam Bahasa Inggeris UK. Yelah, kedua-duanya memang datang dari UK pun maka memang berhabuk le nak paham apa yang dikatakan. Cerita utama yang dibentangkan mengenai betapa besarnya potensi ‘big data’. Okay, apa itu ‘Big Data’ ? Mesti ramai yang tertanya-tanya.
Kalau tanya kat aku, apa yang ku faham adalah Big Data merupakan data besar yang boleh dikongsikan oleh ramai pengguna. Dalam ceramahnya dinyatakan bahawa peningkatan populasi dunia cukup mendadak. Pada tahun 1950 dinyatakan 746 juta penduduk dunia meningkat sehingga 3.8 billion pada tahun ini dan dijangkakan unjuran pada tahun 2050 akan meningkat pada 6.3 billion. Menunjukkan betapa pentingnya data untuk menguruskan sesuatu populasi. Kaedah digital merupakan inovasi yang perlu diperkembangkan terutama pada statistik data.
Pada kertas kedua pula pembentangan oleh Peter Ferguson dari UCL CASA dan Carsten Roensdorf dari Ordnance Survey. Pada pembentangan ini ditunjukkan contoh bagaimana data-data dikumpulkan dan menjadi sumber penting bagi pihak pembuat keputusan.. Antara contoh yang ditunjukkan adalah penggunaan ‘Oyster Card’ di UK. Penggunaan kad ini dapat membantu pembuat keputusan untuk menilai sesuatu perkara berdasarkan statistik secara tepat. Antara contoh yang dinyatakan adalah seperti di laman web http://citydashboard.org/london yang telah membantu agensi kerajaan dan swasta di London.
Ditunjukkan juga aplikasi-aplikasi handphone yang memberikan petunjuk dan situasi di lokasi berkaitan. Informasi di lokasi ini penting bagi memodenisasikan sesuatu kawasan seperti pengurusan pengangkutan, perancangan urban, pendaftaran tanah dan sebagainya. Data ini boleh diakses di http://data.gov.uk.
Data-data ini penting bagi memastikan ianya dapat digunakan untuk kebaikan rakyat setempat.
Selepas mendengar pembentangan dari orang puteh, datang pula panel dari MAMPU. Pembentangan oleh Dr. Anis Suhailis Abdul Kadir membicarakan tentang inisiatif yang sedang dibangunkan oleh MAMPU bagi menganalisis ‘Big Data’ di Malaysia. Ada 2 program utama membabitkan ‘Big Data’ yang dilaksanakan oleh MAMPU iaitu ‘Government Open Innovation Network (BPA-GOIN) dan DRSA (Analisis Data Raya Sektor Awam). Dalam BDA-DGOIN ini pihak MAMPU telah melaksanakan pada beberapa jabatan. Antaranya ialah :-
1) Untuk mencari maklumat Ekstremist Islam dikalangan penduduk Malaysia (JAKIM). Ia digunakan bagi membantu JAKIM mengesan mereka yang terlibat dengan eksterims Islam ini melalui media sosial dan juga berdasarkan kata kunci di internet. Jadi janganlah kita komplen kata kerajaan tidak lakukan apa-apa berkenaan Ekstremis Islam ni. Ianya juga dilakukan secara internet. Sebab itu sekarang ni kita nampak banyak berlaku tangkapan pengguna laman sosial yang menggunakan ia untuk sebaran Ekstremist Islam ni.
2) Pembangunan Pengetahuan banjir melalui kombinasi data sensor dan media sosial (JPS). Ia merupakan perkongsian data mengenai banjir yang dikongsi melalui medium tertentu.
3) Data analytic untuk analisa dan bangunkan model ekonomi fiskal (MOF). Yang ini aku kurang faham tadi tapi melalui sistem aplikasi data-data dapat dikumpulkan untuk melakukan sesuatu tindakan.
4) Analisa Sentimen untuk Kos Kehidupan yang dikumpul melalui Media Sosial (MOF).
Ada satu lagi yang aku tak berapa dengar dan tak mampu nak ‘translate’ kan. Bagi DRSA pula terdapat beberapa agensi yang menggunakan iaitu PRICE Watch yang digunakan oleh KPDNKK, crime root cause oleh PDTM dan Infectious Disease Forecasting oleh Kementerian Kesihatan. Sukar untuk aku terangkan satu-satu sebab sedikit membosankan pada waktu ini.
Panel ke 4 pula dibentangkan oleh Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibudden, Ketua ICT Melaka yang kukenali secara langsung. Beliau membentangkan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti :-
1) One Stop Call Center (ONCC). Kalau sesiapa nak sebarang info mengenai Melaka, korang boleh direct call 06 -3333333 dan ianya akan membantu anda menyambung ke bahagian yang berkenaan. Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat asas di Melaka 24/7 melalui panggilan ini.
2) Melaka Response. Aplikasi ini digunakan bagi membantu anda melihat kembali maklumbalas aduan yang dilakukan sebelum ini.
3) PCRS atau Punctuality Cascade Recording System. Ini adalah sistem kehadiran pekerja secara berpusat. Sistem ini dibangunkan oleh rakan/sifu yang amat ku kenali. Memang kesian tengok dia buat ni. Banyak masalah yang dihadapi pada mulanya tapi akhirnya mampu dibangunkan sehingga menang Anugerah Inovasi peringkat negeri.
4) eHartanah. Sistem bagi mereka yang mencari-cari rumah di Melaka. Melalui sistem tersebut, rumah yang dibangunkan oleh agensi kerajaan dapat dicari disitu. Aku sendiri terlibat secara tidak langsung ketika membangunkan sistem ini cuma masalahnya dari segi update data. Konsistensi sukar dilakukan oleh penyedia data untuk memasukkan data terkini.
5) eBAYAR. Satu inisiatif untuk memberikan para pelanggan di Melaka menggunakan hanya satu portal bagi membayar kemudahan oleh Agensi Kerajaan Negeri Melaka secara online.
6) Event Attendance System. Sistem kehadiran majlis-majlis menggunakan hanya kad pengenalan sahaja. Kaedah yang mudah dan membantu untuk membuat laporan.
7) MyMelakaKad. Satu inovasi untuk mengurangkan penggunaan tunai dalam perbelanjaan di Melaka.
Okay, cukuplah sikit sebanyak tentang seminar yang aku hadiri hari ini. Walaupun topiknya berat namun ada sedikit sebanyak yang masuk dalam kepala. Memang kepentingan ‘Big Data’ dalam kehidupan amat penting terutama pada pihak pembuat keputusan termasuklah Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Seminar ini sedikit sebanyak memberikan gambaran awal betapa pentingnya perkongsian data bagi memastikan analisa dapat dilakukan secara berkesan dan tepat.
Malahan bagi para affiliate yang menggunakan listing juga adalah pengguna ‘Big Data’ yang mampu memberikan pendapatan lumayan kan? Heheheheh.
fuhhh power. benda macam ni kena fokus dan skill yang tinggi.
big data ni anjuran mampu kan?
Kalau baca tajuk je, memang tak dapat nak teka, apa konten seminar ni
Dengar istilah2 nya dah membuatkan aku pening. Kalau duduk dalam dewan seminar tu lagilah pening..hihi