Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Pagi ni aku hadir ke Hari Bertemu Rakyat Perdana Kerajaan Negeri Melaka Siri 1/2020 bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka.
Hari Bertemu Rakyat Perdana ini memang diadakan setiap bulan dimana ianya akan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka bagi menyelesaikan masalah rakyat Melaka amnya.
Dalam program ini , rakyat Melaka boleh datang ke lokasi yang ditetapkan untuk membuat aduan. Kebiasannya ada program hari Bersama Pelanggan pada setiap hari Khamis tapi bagi program perdana akan diadakan pada setiap bulan.
Untuk tahun ini bagi siri pertama, aku join sekali. Seawal jam 7.15 pagi aku gerak dari rumah dan terus menuju ke tapak program.
Tempat dia memang tak susah untuk aku cari sebab setiap bulan bila balik kampung memang akan melalui lokasi ini.

Okaylah, takde menda sangat aku nak cerita tapi korang cuba tengok sikit video yang aku buat ni. AKu buat guna app Power Director dalam handphone Oppo A9 2020.
Sambil tu jangan lupa juga subscribe channel ye. Sekarang ni nak cuba market ‘Youtube’ pula..

Ni pula gambar-gambar yang aku ambil dari beberapa sumber :

YB Ginie, EXCO Wanita, Kebajikan merangkap ADUN Kawasan Machap Jaya, kawasan tempat tinggal ku… Korang boleh tengok artikel menubuhkan persatuan, ada gambar aku bagi hadiah kat YB Ginie ni
YB Norhizam, EXCO Pertanian merangkap ADUN Pangkalan Batu. Wakil rakyat paling popular di Malaysia yang sering viral.

Kredit Facebook Kerajaan negeri Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.