projek

Pergi Ke Pejabat Pertubuhan Pendaftar Melaka Bertanya untuk Laporan Geran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Aku rasa ramai yang bertanya pasal cara-cara mendaftar persatuan penduduk kat artikel ni cara-cara menubuhkan persatuan dan jenuh juga nak menjawabnya.
Bukan satu tugas dan tanggungjawab yang mudah dan secara jujurnya aku terasa nak giveup. Bukan apa banyak benda yang korang nak kena buat terutama kalau jadi Setiausaha dan lebih perit kalau korang bukan orang yang berpersatuan. Tambah lagi sakit bila yang AJK pun 2×5.
Hari ni aku pergi ke Pejabat RoS. Sambil tu sempat juga layan naik tangga (boleh tengok video ni).

Cerita kat Pejabat ROS ni aku nak dapatkan info pasal nak buat laporan perbelanjaan geran. Almaklumlah dah buat perbelanjaan kena ada laporan. Aku tak boleh terangkan secara terperinci sebab sulitlah kan.
Aku ada jumpa seorang brader ni yang memang kalau aku ke pejabat ROS memang jumpa dia.. Dia ada beri beberapa penerangan sikit. Bukan sahaja bertanya pasal laporan, aku juga ada meluahkan masalah yang terbuku dihati.
Tapi ni pun sulit lah. Tak boleh cuma. Hasil perbincangan ada perkara yang diketengahkan. Antaranya ialah:-

1) Minit mesyuarat keputusan perbelanjaan
2) Senarai AJK
3) Resit Perbelanjaan

Walaubagaimanapun aku telah menghantar satu emel kepada Pejabat Pertubuhan Pendaftar Melaka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Ye lah, takut ada kesilapan sebab takde format tepat diberikan. Katanya borang format terkini dah habis..
Kepada korang semua yang mempunyai persatuan dan telah mendapat geran, jangan lupa untuk hantar laporan perbelanjaan. Bagitau Setiausaha dan Bendahari korang ye. Nanti tak pasal-pasal kena tindakan pula ..
Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.