projek

Apa perancangan tahun 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau ikutkan masa aku menaip artikel ni, ada lagi beberapa hari sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya tapi aku nak buat artikel ini lebih awal.
Takut aku takde masa nak menaip akibat ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama mengenai Persatuan Penduduk Taman ni.
Esok aku nak uruskan Mesyuarat Agong pertama jadi memang ada sikit sibuk apatah lagi nak cuba selesaikan semuanya sebelum 31 Disember nanti.
Harap-harap dapat selesai secepat mungkin sebab tanggungjawab ini menganggu aku dalam perancangan menjadi salah seorang ‘content creator’ yang boleh dikenali di Malaysia.
Impian kena menggunung, lepas tu pandai-pandai le kan. Okay berbalik kepada tajuk diatas, sekarang ni aku memerlukan sokongan korang semua untuk terus melekat di dalam blog ini.
Tanpa korang semua memang takdelah kenaikan view blog ini apatahlagi iklan. Memang takdelah yang tersangkut.. Ooo ye, lupa nak beritahu bahawa minggu lepas Google Adsense ku telah mencapai minimum.
Setelah hampir 2 tahun baru lah dapat gaji. Memang bukan mudah untuk aku mendapat angka 100 tu tapi aku tidak berputus asa. Inshallah lepas ni kalau channel Youtube ku dapat approve akan cepat sikit boleh cashout nanti.
AMIN..

Okay, kita teruskan dengan perancangan tahun 2021

1) Dari segi pendapatan aku masih samar-samar lagi tapi aku menjangkakan adsense boleh dicashout pada tahun hadapan. Untuk bulan ni nampaknya telah mencapai angka US7.00 (selepas cashout November 2020).


Jadi harapan aku agar ia konsisten dan cuba untuk mendapat dalam angka US7-8 sebulan. Jika mampu , inshallah tahun depan boleh cashout lagi. Tapi dengan bantuan korang juga perlu sentiasa singgah disini.

2) Aku mengharapkan dapat renovate rumah ku yang dijadikan homestay dan MUNGKIN satu lagi rumahku yang dijangka siap tahun hadapan(korang follow blog ni untuk tahu kisah selanjutnya).
Memang beribu perlu dihabiskan untuk itu. Aku cuma mengharap dengan pelaburan ini akan mendapatkan pendapatan tambahan sekaligus dapat menyegerakan untuk aku menyelesaikan pembayaran penuh rumah ni.
Kalau pada tahun 2019 angka penyelesaian penuhku adalah 68K, aku jangkakan untuk tahun 2020 mungkin telah tinggal dalam RM55-60K.
Aku sedang memikirkan untuk kembali memulakan homestay yang ku jangkakan pada hujung Mac 2021 bagi menampung sedikit perbelanjaan apatah lagi satu lagi aset ku akan memberi kesan pada kadar kewangan ku.
Kena lebih berhati-hati dalam perbelanjaan pada tahun hadapan disamping kena lebih banyak mencari pendapatan sampingan.

OO ye, renovasi rumah yang ingin aku lakukan adalah memasang pagar dan awning di rumah. Aku kena buat ni lepas penyewa merungut banyak tahi kucing di rumah. Aku perlu lakukan sesuatu bagi mengelak menjadi masalah dikemudian hari.
Selain itu aku juga akan menyemak paip yang berkarat. Mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan akibat perkara tersebut.

3) Youtube channel mampu memberikan monetize. Sekarang ni Youtube channel ZOolzarizi telah lepas syarat Subscriber tapi masih jauh dari syarat jam tontonan. Jadi korang yang singgah sini pun boleh juga ke sana.


Channel tu banyak berkongsi tentang Youtube. Mana tau korang pun nak jadi Youtuber dan tak mustahil boleh lebih berjaya berbanding aku.

4) Nak beli PC. Aku rasa ini bukan kali pertama nak beli PC tapi tak terbeli-beli. Ikutkan tahun ni dah bercita-cita nak beli. Dah start buat survey tapi tetiba ada isu pula pasal rumah. Jadi eloklah setelkan rumah dulu memandangkan kos rumah lebih mahal dari PC.
Kalau korang nak bantu bolehlah singgah ke blog ni selalu. Mana tau dengan kedatangan korang akan menambahkan lagi orang ke sini. Nak buat https://www.gogetfundme.com/ macam melampau la pula. Hehehehe..

5) Aku sebenar masih lagi berharap dapat menghasilkan satu buku sebagai masterpiece. Sampai sekarang belum nampak jalannya. Aku nak buat kolaborasi dengan kawan setaman tapi dia nak pindah negeri pula.
Kena fikir semula dalam masa terdekat ni. Sebenarnya kalau buat kolaborasi lagi bagus..

6) Branding. Aku harap beberapa branding akan meningkat. Contohnya, Ligakampung yang telah cuba menongkah arah ke media video.Channel Youtube Ligakampung pun dah nampak peningkatan.
Jadi korang kalau nak berkolaborasi dengan aku boleh la. Sambil tu jangan lupa follow instagram Zoolzarizi untuk aku dapatkan follower ke 200.
Kalau tak capai juga 200 tahun depan ada aku layan Tiktok pula nanti.

7)Balik modal saham. Korang mungkin pernah tahu aku juga melabur dalam pasaran saham dan jujurnya aku masih belum berjaya balik modal. Ikutkan aku dah melabur lebih kurang RM10,000 tapi sekarang ni nilai saham hanya sekitar RM3,+++. Jadi untuk tahun 2021 ni sasaran aku untuk mendapat kembali modal.


Aku akan bermain secara jangka panjang. Ikutkan sekarang ni banyak saham jatuh dan perlu buat kajian terutama dari fundamental analysis. Bukan apa, dulu aku selalu mengikut orang dan terlalu cepat menjual. Jadi kali ini aku tak mahu gopoh. Lagipun aku bukan trader yang memang bergantung harap pada kenaikan harga saham dalam jangka masa terdekat.
Aku perlu tahu dan lebih banyak bersabar. Pada bulan lalu aku dapat untung sekitar RM200. Tak banyak sangat tapi lebih baik dari aku gelabah menjual dalam angka kerugian. Insyallah sekarang ni aku masih mengkaji berdasarkan fundamental analysis.
Korang kalau nak tahu perkara asas dalam saham boleh dapatkan ebook kat bawah ni. Inshallah boleh tahu serba sedikit perjalanan saham ni. Mana tau korang boleh lagi untung dari aku..

8) Yang ni mungkin tak untuk tahun depan. Tahun ni orang rumah mengendeng nak beli kereta tapi disebabkan ada komitmen rumah ini jadi impian 2-3 tahun lagi. Tapi tak mustahil kalau tetiba ada durian runtuh ke kan?
Tetiba Youtube aku meletup ke mana tahu.

9) Sebenarnya kondisi diabetes aku kureng menarik pada hujung tahun ni. Aku langgar diet yang menyebabkan angka agak tinggi. Aku kena bermula semula dengan diet dan senaman. Mungkin kalau COVID-19 dan reda bolehlah aku mulakan ekspedisi untuk kuruskan badan.
Inshallah boleh je kalau nak.

10) Pokok nanas berbuah. Tahun ni ada 4 pokok nanas membuahkan hasil tapi nanas yang ku tanam di taman memang tak jadi apa. Aku akan berusaha supaya akan timbul buah di taman ini. Selain itu aku sedang mencuba untuk menanam nanas dalam polibag.
Kita tengok boleh jadi ke tak. Sambil tu korang like la page nanas ye.. Mana tau page ni pun boleh letup-letup juga nanti.

Okaylah . Panjang sangat pula perancangan aku ni. Harap-harap tak jadi hangat-hangat tahi ayam ye. Aku harap kurang-kurang adalah 3-4 yang menjadi dari 10 tu..
Semoga korang semua yang singgah kat blog aku ini juga dimurahkan rezeki. AMIN..

Selamat tinggal 2020, selamat datang 2021..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.