Minggu ni bermula dengan perhimpunan bulanan pada pagi Isnin. Macam biasa aku datang awal ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil 9/2016.
Majlis kali ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Majlis perhimpunan bulanan kali ini agak berbeza apabila Jabatan Belia dan Sukan Melaka mempersembahkan sesuatu yang baru.
Sebelum ketibaan Ketua Menteri Melaka, majlis diserikan dengan persembahan seperti akustik solo, nyanyian, tarian dan bola freestyle. Memang gempak juga tengok persembahan kali ini. Aku macam biasa teruja le tengok apa yang dipaparkan.
Tak tau kalau nanti tiba waktu jabatan aku, nak buat camne agaknya. Mungkin juga kena buat video untuk dipersembahkan kat atas tu. Pergh!! Memang merisaukan juga le kalau camtu.

Minggu ini juga aku bersiap siaga untuk mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Melaka. Mesyuarat diadakan pada jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat Seri Bendahara. Macam biasa, preparation aku seawal pukul 6.00 petang. Memang projektor, laptop berada dalam kondisi yang baik.

Masa ni projektor belum buat hal lagi
Masa ni projektor belum buat hal lagi

Tapi malang datang tatkala Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah berucap. Tetiba sahaja projektor ‘disconnect’ dengan laptop. Menggigil juga aku nak betulkan. Dan aku jumpa ianya sebab HDMI converter. Mungkin sebab panas tunggu dari kul 6 hingga kul 10 tu.
Dah tukar, kabel tak cukup panjang pula. Memang mengelabah dan terpaksa menggunakan laptop di bawah meja. Dah tu bila keluar video pula, bluetooth dengan speaker tak berfungsi pula. Memang pening lah juga masa tu tapi HADAP je la. Walaupun ada komplen sikit dari Ketua Menteri tapi buat tak reti je.
Nak buat camne, kita rancang tapi Allah jua menentukan. Ini antara pengalaman gelabah bila nak menayangkan presentation dekat VIP. Ingat sonang ke?

Hujung minggu pula aku balik kampung di KL (Kuala Linggi). Macam biasa, kena berenang sikit untuk mendapatkan stamina. Apatah lagi dalam minggu ni, hanya sekali je aku berlari. Walaupun ada cuti 3 hari (Sabtu-Isnin) namun tak terdaya sebab terasa ‘ceri-beri’ melanda diri ini.
Ooo ye, memandangkan hari Ahad lalu adalah pembuka bagi tahun baru kalendar Islam, aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah. Semoga kita dapat membuka buku baru dalam hidup kita dengan lebih baik. Aku rasa tahun 1437H banyak yang aku gagal laksanakan. Mungkin pembuka tahun 1438H ini akan ku cuba memperbaiki diri ini.
Inshaallah..

Ok, memandangkan tengah ada mood ni aku juga nak menyibuk bercerita perihal ‘Gelaran’. Dalam minggu ini sibuk di pasal gelaran ‘Dr’ seorang yang terkenal tu. Aku tak mau campur perihal tersebut sebab aku pun tak kenal beliau. Pernah tengok dalam tv tapi secara dekatnya tak pasti samada beliau ni benar-benar usahawan atau tidak.
Cuma nak mengomel sikit pasal Gelaran sebab rasanya kita ni terlalu memandang Gelaran. Aku sendiri pun ada gelaran. Kalau kat Kampung bila ada orang nama Mohamad, memang banyak le gelaran di beri. Ada Mat Kucing, Mat Labu dan kalau nak pikirkan akal pun tak tau kenapa dipanggil sebegitu.
Di samping itu, ada Gelaran yang sering menjadi sebutan malahan ditulis dalam situasi RASMI iaitu ‘Haji’. Kalau tak silap akulah, gelaran ‘Haji’ ni orang Arab pun tak pakai tapi kat Malaysia memang sibuk nak gunakan. Sampaikan ada yang tulis kat gelaran dia. Kalau nak ikutkan, ulama seperti Allahyarham Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Allahyarham Dato’ Dr Haron Din pun tak letak ‘Haji’.
Bukan apa, kalau ‘title’ Dr, tu mungkin dapat pengesahan dari Universiti. Title Datuk/Dato’ ada surat dari Sultan/TYT tapi kalau ‘Haji’? Siapa nak sahkan?

Pada aku, terpulanglah pada diri masing-masing kalau nak pakai Gelaran/Title tu. Tapi janganlah menyombong pula bila dapat ‘title’ tu..

Wallahualam.. Bak kata Nabil Raja Lawak. Lu ada mata lu pandang, ada telinga lu dengar, ada otak lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum.

 

p/s :- Tambahan, bagi mereka yang ingin beli rumah di Melaka. Boleh tengok Majlis Penyerahan  Rumah Mampu Milik Air Pasir, Alor Gajah, Melaka pada 9 Oktober 2016 bermula jam 9.30 pagi nanti.

majlis-air-pasir

Tahniah juga kepada staff Unit ICT Lembaga Perumahan Melaka, Fuzaimi yang telah selamat mendirikan rumahtangga pada minggu lepas. Tahniah ..

One Reply to “Perhimpunan Bulanan ,Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, Balik kampung, Apa ada pada Gelaran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.