Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni kecoh perihal kenyataan boss besar pasaraya anak Malaysia, Mydin selepas memberikan pendapat supaya gaji kakitangan awam RM3,000 ke atas dikenakan pemotongan.
Ini berikutan isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari virus Pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami kejatuhan mendadak. Kenyataan ini mendapat reaksi yang cukup besar buat kakitangan awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta itu.
Sudah pasti majoriti dari kakitangan awam tidak bersetuju dengan kenyataan taikun besar Malaysia ini. Dalam media sosial group ramai menempelak sehinggakan ada yang mencadangkan agar pasaraya besar Mydin di boikot.
Adakah ia satu tindakan tepat oleh kakitangan awam? Memandangkan aku juga kakitangan awam termasuk juga isteri memang kurang bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi aku merasakan ia tidak mustahil bakal berlaku.
Dan secara rasionalnya memang mungkin akan ada pemotongan sekiranya pandemik ini berpanjangan cuma pada pandangan aku, Datuk Amer Mydin selaku peniaga sepatutnya tidak memberikan cadangan tersebut. Ini kerana ia telah mengguris hati kakitangan awam yang memang kebanyakannya membeli belah di pasaraya Mydin.
Ia sedikit sebanyak akan memberikan impak negatif kepada prestasi penjualan di Mydin. Bayangkan ketika keadaan sekarang dimana kakitangan awam tidak dipotong gaji telah menyebabkan Mydin terpaksa melakukan pemotongan bayangkan kalau kakitangan awam tidak membeli pasti lebih teruk.
Sebenarnya selaku pemain industri beliau tidak perlu memberikan cadangan kepada pihak media apatah lagi kenyataan beliau boleh disalahtafsirkan. Meskipun beliau telah menulis kenyataan terbaharu bahawa ianya sekadar pendapat tetapi selaku nama besar ianya pasti telah merebak di kalangan netizen serta makcik/pakcik bawang di luar sana.
Sepatutnya beliau memberi fokus untuk membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi di kala kerajaan mengalami kesusahan ini.
Meskipun kita semua tak nak di potong gaji tapi itu adalah hak majikan sekiranya ia perlu dilakukan dan sebagai pekerja memang kita terpaksa REDHA meskipun hati pasti sedih.
Semoga masalah virus COVID-19 ini dapat berlalu segera supaya kita tidak mengalami banyak isu-isu lain. Nampaknya ketika COVID-19 ni banyak isu pula yang disensasikan.
Sambil tu dikesempatan ini aku ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. Pasti tahun ini ianya AMAT BERBEZA dari tahun yang sebelumnya…
Baik kerajaan mahupun swasta, kedua-duanya tetap terkesan dengan PKP ini. Sebab apa, kadang dalam keluarga itu, ada isteri yang bekerja swasta, suami pula kerajaan. Gaji swasta memang tinggi, tapi kalau isteri pun terjejas sekurang-kurangnya ada suami yang boleh membantu. Cumanya dari segi pendapatan isi rumah, akan berkurangan lah kan.
Dalam isu ini memang MYDIN tak boleh keluarkan kenyataan macam itu. Sektor kerajaan rasa seolah-olah sepanjang PKP ini diorang makan gaji buta pula. Itu yang jadi isu hangat tu.
sebenarnya ada ura2 juga pemotongan gaji kalangan kakitangan awam..
tapi sebagai pemain industri, Mydin tak boleh keluarkan kenyataan melampaui pengurusan tertinggi kerajaan..