Pada hari minggu yang lalu, si Zool berjaya melaksanakan projek yang telah dirancang berbulan-bulan lalu. Projek yang dimaksudkan adalah projek reunion rakan-rakan sepengajian. Memang bukan seseuatu yang mudah untuk mengumpulkan rakan-rakan yang telah jauh terpisah.
Apatah lagi masing-masing telah mempunyai keluarga dan mempunyai kerjaya berbeza. Pasti sukar untuk mengumpulkan mereka semua. Walaupun sekadar 5 keluarga berkumpul namun ianya sudah mencukupi buat permulaan.

Perjumpaan ini telah diadakan di sebuah chalet di Kuala Linggi, KM Chalet. Chalet yang sesuai untuk keluarga ini terletak di Bt 32, Kg Balik Bukit Kuala Linggi serta berhadapan dengan pantai Kuala Linggi. Pemandangan yang cukup indah untuk merehatkan diri.
Memang pelbagai perkara yang berlaku ketika hari tersebut. Pada waktu malam, yang mana makan malam ingin diadakan, cabaran untuk mengumpulkan 5 keluarga. Ini kerana ada yang datang lewat atas sebab keluarga. Namun berjaya dikumpulkan juga 5 keluarga yang cukup riuh di Restoran SEH Seafood Kuala Linggi. Walaupun makanan tidak istimewa mana namun berjaya mengumpulkan kawan-kawan lama merupakan satu kegembiraan.

Banyak cerita yang menjadi bualan dan pastinya kenangan ketika berada di itm Jengka pada tahun 1996-1999 menjadi topik utama. Selepas makan malam, membawa pula cerita ketika sesi mengeteh di warung berhampiran. Memang riuh dan gembira rakan-rakan berbual sesama sendiri. Selain kenangan, dapat juga mengetahui serba sedikit informasi tentang rakan-rakan lain yang tiada dalam reunion ini.

Esoknya, sebelum pulang sesi mandi laut dan makan secara piknik di tepi pantai dilakukan. Pada tengahari, singgah sebentar di pantai Pengkalan Balak pula untuk menikmati makanan tengahari sambil melihat pantai. Sungguh nyaman je keadaan tersebut.

Memang nampak perubahan pada diri masing-masing terutamanya dari segi fizikal. Jika pada tahun 1996 dahulu kebanyakannya kurus kering namun sekarang ni masing-masing mempunyai perut ke depan. Dan pastinya si Zool juga tidak terkecuali. Selain itu, masing-masing juga telah mempunyai anak-anak yang sudah semakin bijak. Cuma si Zool dan isteri yang belum ada anak yang boleh diajak bergurau. Insyallah, ada rezeki pada tahun depan akan lahirnya anak berbinkan ZOol.. Harap-harap diizinkan olehNYa.

Ini sedikit gambar yang diambil oleh ahli yang menyertai reunion tersebut..

 

Lepak minum malam lagi
Lepak minum malam lagi
Bergambar bersama keluarga
Bergambar bersama keluarga

reunion5

 

Okay, cukuplah serba sedikit tentang reunion yang berjaya dilakukan oleh si ZOol dan rakan-rakan. Pernahkah anda membuat reunion untuk rakan-rakan sepengajian atau yang belajar di tempat yang sama? Memang bukan mudah untuk reunion tapi sedikit tips dari saya sekiranya anda ingin buat reunion/gathering buat kali pertama.

Tips buat reunion rakan universiti

1. Buatlah satu group, samada whatsapp, wechat, telegram, facebook page dan sebagainya. Pastikan group itu aktif kerana jika tidak sukar untuk mendapatkan komitmen masing-masing.

2. Buat reunion secara skala kecil. Untuk permulaan, elok dibuat untuk ahli yang kecil. Jangan terus buat yang besar kerana kita tak boleh menjangkakan sambutan. Kalau kecil, modal mungkin kecil.

3. Tetapkan lokasi, tarikh seawal 2-3 bulan. Jangan terlalu awal dan terlalu lewat. Kalau awal sangat takut ada yang tak berani bagi confirmation tapi kalau lewat sangat nanti susah pula untuk anda menguruskan penempatan dan sebagainya. Lokasi juga perlu mudah untuk ahli datang. Kalau terlalu jauh mungkin mereka tak berminat.

4. Dapatkan deposit. Kalau tak pegang duit biasanya ramai yang tak kisah. Silap haribulan anda pula mengalami kerugian nak kena bayar penempatan yang tak digunakan.

5. Jangan terlalu banyak buat aktiviti. Kalau nak buat reunion kali pertama elok elakkan aktiviti yang terlalu lasak. Reunion pertama lebih elok kepada sesi bertemu semula. Banyakkan berbincang dan berborak. Lagipun nak menguruskan aktiviti itu bukan sesuatu yang mudah andai kita sukar untuk bertemu bagi berbincang.

6. Buat post-mortem selepas habis projek. Mungkin ia diperlukan untuk menilai kelemahan yang berlaku pada reunion pertama.

Sekian.

2 Replies to “Reunion rakan sepengajian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.