Minggu ini agak sibuk sikit. Selain persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Ekspress Perumahan, aku juga menghadiri bengkel SKT jabatan di Avilion Hotel, Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Bengkel SKT ini yang diadakan pada 3-5 Februari 2017 membincangkan mengenai Sasaran Kerja Tahunan pada 2017 dan juga perancangan 5 tahun untuk mengutip hasil jabatan.
Aku bersama-sama rakan seopis yang terlibat menaiki van jabatan dari opis ke Avilion Hotel, Port Dickson. Kat mana hotel tu? Korang klik kat link Google Maps ni ek. Kalau ikutkan, tahun lepas pun buat kat PD juga tapi menginap di hotel lain. Korang boleh tengok artikel tahun lepas ni dimana bengkel SKT jabatanku di buat di Hotel Thistle. Lepas naik van dalam kira-kira pukul 3.00 petang kami singgah ke sebuah warung di Pengkalan Balak untuk menjamah sikit makanan. Makan rojak yang dikongsi secara berkumpulan. Sesiapa yang pernah ke Pengkalan Balak mesti perasan kedai ni yang berada betul-betul di tepi simpang sebelum balai polis. Secara jujurnya, makanan biasa-biasa je. Tapi bolehlah nak kenyang. Cuma mungkin akses situ senang itu yang diorang singgah kat situ. Aku ikut je. Yang bestnya sebab ada orang belanja. Dapatlah save belanja satu hari tu. Bila tengok Pengkalan Balak, teringat pula kampung yang dah sebulan lebih tak singgah tu. Hehehehe. Tapi nampak Pengkalan Balak lebih best kalau nak berenang walaupun ada isu bau masih ada lagi.. OO ye, selain itu teringat juga masa buat Reunion 3 tahun lepas yang mana ada juga pergi makan kat Pengkalan Balak. Entah bilalah nak buat semula.
Memulakan malam hari Jumaat dengan memasang projector serta laptop disana. Macam biasa, memang kena bawa dari opis sebab jabatan tak sanggup nak bayar sewa termasuk Wifi yang diberitakan RM300 untuk sehari. Wallahualam. Macam pelik je, Wifi pun diorang nak caj mahal-mahal sebab kebanyakan hotel tak heran pun nak bagi Wifi percuma. Makanan pada malam itu agak menarik sebab ada ikan Pari bakar masak sambal. Memang terangkat jugalah makan pada malam tu. Menambahkan lagi apabila di situ merupakan persinggahan bot-bot persendirian. Ada juga bot yang ditulis ‘For Sale’ tapi tak berkenan pula dihati nak beli. Hahahahah.
Malam Jumaat habis dalam pukul 10 lebih dan terus je tidur tanpa banyak soal. Hari Sabtu mula bengkel dan seperti biasa aku menjaga slide. Sambil-sambil tu, aku buat sikit sebanyak ‘coding’ Sistem Carian Excel ku. Almaklumlah, projek ni nak digunakan pada Isnin, maka terkial-kial juga aku buat coding tu. Alhamdulillah berjaya juga aku buat walaupun petang tu kena present semula. Nasib baik tak banyak persoalan dikemukan oleh boss cuma ada beberapa isu yang perlu aku selesaikan bersama Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh aku.
Petang tu bengkel habis awal dan macam biasa, jom pergi ke kolam renang. Kolam renang di Avilion Hotel ni tak sebesar kolam renang di Thistle tapi bolehlah juga untuk melayan. Kawan-kawan seopis agak risau sebab memasing tak nak buka baju tapi aku layankan je berlengeng tu. Huhuhu. Walaupun ada 1 pack je tapi kena confidentlah juga. Mula-mula aku cuak juga nak pergi ke tengah kolam tapi rupa-rupanya tidaklah sampai boleh melemaskan diri. Alhamdulillah, berkat izin dan pelajaran dari ebook ‘Cara Mudah Belajar Berenang’ maka aku dapat join kawan-kawan lain yang boleh berenang tu. Kira berguna juga aku beli ebook. Kurang-kurang tak le malu sangat nak masuk kolam. Malahan berjaya juga aku menunjuk skill renang kat diorang yang tahu aku tak pandai renang sebelum ni.
Kolam renang kat Avilion ni aku anggarkan dalam 4 kaki lebih juga sebab ada dasar yang hampir-hampir sampai ke dagu aku (tinggi aku 153cm lebih kurang 5 kaki 1 inci). Kalau ikutkan aku nak layan renang lama sikit tapi sebab malam ada lagi maka terpaksa tamat dalam kira-kira 40 minit di kolam.
Makanan di Avilion ni tiada yang hebat sangat kecuali pari bakar pada hari Jumaat tu tapi bersyukur juga sebab dapatlah save duit belanja makan kan.. Hehehehe.. Malam Sabtu tu ada pembentangan tentang sasaran hasil untuk 5 tahun. Sambil-sambil tu aku layankan tengok livestreaming Chelsea lawan Arsenal di FB AyamTv. Dan agak malang, team yang aku pilih, Arsenal di Ayam-ayamkan oleh Chelsea. Hehehehe. Tapi dah biasa dengan keadaan camni bila masuk Februari. Nak buat camne, team Arsenal memang tak konsisten dan dah bertahun tak menang piala. Habis je bengkel rakan sebilik pulang awal pula dengan menaiki kereta pegawai yang balik awal. Aku tak boleh balik sebab laptop banyak nak kena bawa pulang esoknya. Terpaksalah aku layan tidur sorang-sorang kat bilik.
Ooo ye,dari segi bilik pula ada kelainan sebab ada sinki kat luar. Tapi malang pula sebab cerek elektrik yang dibagi ada problem. Try pasang sekali terus ‘blackout’. Nasib baik ada papan litar kat dalam yang tendang. Jadi taklah effect untuk bilik-bilik lain.Bilik ni juga tak tunjuk arah kiblat kat luar, sebaliknya diletak dalam meja. Memang confuse lah sikit nak mencarinya. Tu pun nasib baik jumpa. OOo..sejadah tak disediakan dan disebabkan aku dan roommate jenis malas nak minta, kita guna apa yang ada. Di kawasan lapang, terdapat juga tempat memanah. Memandangkan masa suntuk aku tak sempat nak merayau kat bawah tu. Kalau ikutkan sempat je nak layan jogging pada hari last tapi takut kalau diorang nak balik awal. Jadi kenalah tunggu kat bilik.
Hari Ahad jam 11.00 pagi kami pun bertolak balik ke Melaka. Sebelum sampai ke pejabat, singgah sebentar layan Mee Rebus kat Gerai berhampiran traffik light Sungai Udang-Lebuhraya SPA-Masjid Tanah. Boleh tahan juga rasa Mee Rebus tu.Berpeluh juga aku dibuatnya. Tapi takde info pula pasal warung tu untuk di viralkan. Kalau jumpa boleh juga aku tulis kat Melakacool.com.
Ooo ye, untuk pengetahuan korang semua, aku dan rakan akan memulakan kembali projek Melakacool.com. Apa tu Melakacool? Melakacool.com merupakan satu laman blog yang memfokuskan tentang Melaka. Korang boleh tengok artikel-artikel kat blog Melakacool atau boleh follow Facebook Page Melakacool .Inshallah, pada tahun ini akan cuba ‘Up’ kan kembali blog yang pernah satu masa dahulu menjadi antara sumber pendapatanku.
Okay cukuplah untuk minggu ini.Terima kasih kerana membaca blog inil.
meletihkan tapi berbaloi
makan sedap-sedap mana tak boroi bro..apa-apapun semoga terus sukses dalam buat apa yang kita nak..