projek

Rumah Bakal Di Renovate : Pasang Pagar Baharu

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Nampaknya jodoh sewaan rumahku dengan penyewa baharu tidak bertahan lama. Kali ini isu kucing berak di depan rumah menjadi penyebab utama penyewa tak sanggup lagi menahan bau dan membersihkan hampir setiap hari.

Aku ada guna juga kaedah meletakkan air sirap di depan rumah. Tapi tak berapa mujarab. Walaubagaimanapun untuk tempoh terdekat ni aku akan cuba tambahkan air sirap, letak minyak tanah dan ubat gegat. Mana aku dapat idea letak barang-barang ni? Aku jumpa dekat Website Property Guru ni.

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/10-cara-halau-kucing-dari-buang-najis-di-laman-anda-37710

Kalau tak menjadi juga tak tau le. Kita kena cuba apa yang patut kan?

Inilah rumah yang perlu dilakukan renovasi. Sebelum ini memang ada cita-cita nak renovate rumah ni tapi belum ada kemampuan. Alhamdulillah ada rezeki lebih tahun ni dan cuba keluarkan modal sikit. Mungkin tahun 2021 kita cuba homestay dan daftarkan dengan Majlis Perbandaran Jasin selepas ini. Tapi harga perlu lebih kompetitif la memandangkan kena bayar lesen dari Majlis.

Dan kalau ada orang nak menyewa pun perlu ada ‘black and white’ lepas ni. Ini perlu bagi mengelakkan orang keluar secara tiba-tiba tanpa notis. Nasib baik penyewa ini keluar dengan baik walaupun aku tidak dimaklumkan lebih awal yang mereka nak keluar. Tapi takpelah dah situ je rezekiku dengan penyewa terbabit.

Berbalik pada renovasi, benda yang akan menjadi keutamaan adalah pagar. Ye lah, sebab pagar dawai yang nak terbarai tu la yang memudahkan kucing (yang belum dikenalpasti) membuang sisa perkumuhan di rumahku. Geram juga sebab ada orang pun boleh dilakukan perbuatan khianat tu. Kalau takde orang tu bolehlah lagi faham. Tapi ni ada penyewa tu. Bagilah muka sikit kucing oi… Kan aku dah rugi beberapa ratus tu. Ni semua ko punya pasal.. Kalau ada bertuan mau je aku claim..

Aku ada beberapa kontraktor yang menjadi pilihan. Bagi memudahkan kerjaku, pasti yang pernah ku lihat hasil kerjanya menjadi pilihan. Budak kampung yang pernah buat pagar dalam rumahku ini.

Aku tak berapa pandai sangat tentang hal-hal pagar ni tapi pilihan sudah pasti yang boleh menutup separuh rumah. Disamping itu aku juga meminta agar pagar boleh digunakan untuk dua kereta. Jadi mudahlah nanti kalau ada penyewa nak datang. Takdelah parking kat luarkan. Nak tau design yang aku pilih? Nanti dah siap baru aku tunjuk ye.. Takut berubah pendirian pula lepas ni.

Mula-mula nak alihkan tembok tapi bila aku tengok rumah sebelah takde buat pun. Jadi buat apa nak membazir kan? Kita buat yang minima untuk renovasi memandangkan bukanlah nak duduk buat masa terdekat ni. Lagipun duit yang ada perlu spare juga untuk rumah yang bakal siap pada hujung tahun ni. Itu lebih penting sebab banyak makan duit nanti.

Tapi kalau ada lebih mungkin aku nak pasang awning kat rumah supaya takdelah air hujan memercik dan menyebabkan tumbuhan boleh bercambah disitu.

Okay inilah serba sedikit kisah nak renovate. Kepada korang yang singgah ke blog ini aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.