Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Korang pernah tak mengalami masalah iaitu tangki radiator kereta cepat nau keringnya. Dalam masa kurang seminggu dah nampak kontang. Lepas tu keadaan di dalam kereta mula terasa panas.
Sebenarnya aku dah mengalami kekeringan air ni beberapa bulan yang lalu. Tapi asyik menangguhkan aja. Alhamdulillah pada hujung bulan ada lebihan duit maka aku reservekan untuk kereta dan juga renovasi rumah. Terpaksalah membatalkan impianku untuk mengupgrade PC ke lebih baik lagi. Apakan daya.. Kereta nak pakai lama. Walaupun ada yang mencadangkan untuk tukar baharu tapi disebabkan bakal ada komitmen yang besar pada tahun ini maka tidaklah diteruskan untuk beli kereta baharu.
Pergi ke bengkel berhampiran tempat kerja iaitu di Taman Tasik Utama selepas di rekemen oleh Piaw Auto ( Bengkel Aircond Kereta ) .. Biasanya kalau masalah kereta aku akan ke Jasin tapi kali ni menukar arah ke lokasi berhampiran tempat kerja. Nama bengkel tersebut adalah Raffey Auto Garage. Alhamdulillah mula-mula dikenalkan dengan pemilik merangkap pomen bengkel tersebut rasa macam boleh dipercayai.
Lagipun yang rekemen pun bukan orang yang tak ku kenal. Dah terbukti bagus dalam service aircond. Jadi takkan dia nak jatuhkan reputasi dengan memperkenalkan pomen yang tak baik pula kan?
Aku pun menerangkan tentang masalah yang ku hadapi. Memandangkan aku hantar pada hari Khamis dan esoknya cuti umum Tahun Baharu maka dicadangkan untuk menghantar kereta ini pada hari Sabtu. Ini kerana berdasarkan penilaian awal, kereta ini perlu dibuka untuk mencari punca kebocoran. Walaupun pada awal semakan, dijangka pada hos atas radiator tapi perlu juga buka bahagian radiator itu untuk kepastian sekaligus melakukan service-service yang sudah lama tidak dilakukan. Ooo ye, disamping itu aku juga telah meletak gas untuk aircond. Meskipun aircond juga ada bocor tapi masih boleh lagi untuk digunakan dalam masa singkat ni.
Nasibku baik sebab isteri tak bekerja pada hari Sabtu tu. Bolehlah aku menghantar kereta tu di Raffey Auto Garage.
Bengkel dia memang nampak biasa je. Tak segah bengkel kedai besar dan memang diakui ianya bengkel baharu. Tapi kadang-kadang kedai besar lagi lah mahal caj dia. Jadi aku cuba mengambil juga risiko ini.
Masa sampai Bro Raffey pun berada di belakang keretaku. Jadi dia pun memberikan anggaran yang kereta mampu disiapkan pada keesokan harinya. Dia berjanji akan memberikan anggaran harga pada hari itu juga. Disamping itu aku juga menambah gas di dalam aircond kereta Viva isteriku. Kereta Viva ni pun takde aircond. Heheheh. Teringat masa pergi Perak tahun 2019 tanpa aircond. Memang berasa hangat time tu. Hahaha.. Sekarang kedua-dua kereta dah nyaman la sikit. Cuma mungkin kena pasang tinted pula lepas ni..
Pada hari Ahad, bro Raffey memaklumkan tidak dapat menyiapkan kereta kerana ada ketentuan lain. Walaupun ada sedikit kecewa tapi masih ada keyakinan kereta boleh disiapkan. Jadi janji pada hari Isnin dan pagi tu terpaksalah datang awal ke opis dengan menaiki Viva isteriku.
Alhamdulillah pada hari Isnin berjaya juga disiapkan Myvi SilverRay ku ini. Kenalah dalam RM500.00.. Aku rasa harga ni masih berbaloi sebab hos paip radiator tu digantikan semuanya. Almaklumlah hos ni dah keras jadi patutlah ditukar. Selain itu ditukar juga Absorber Bumper belakang yang aku tak terganti walaupun dah bertahun rosak. Pernah rasanya minta bengkel lain tengok tapi kebanyakan tak berapa nak tengok. Jadi bro Raffey ni buat sekali. Lepas ni tenang lah kalau nak letak barang kat belakang. Takdelah takut tertimpa dengan bonet tu.
Selain itu power window main switch juga diganti sebab dah tersangkut. Takpelah tak pernah ganti kan.. Selain itu aku juga mengganti alarm kereta yang dah hilang beberapa bulan lalu. Itu pun kena dalam RM180.00 (termasuk 2 remote). Ini antara gambar-gambar barang yang diganti,
Alhamdulillah dah seminggu pakai kereta nampak lebih selesala. Takdelah panas sangat dalam kereta ni. Lepas ni kalau nak jalan jauh sikit dah berani la. OOO kalau korang yang tinggal Melaka nak cari bengkel boleh la ke Bengkel Raffey Auto Garage ni.
Alamat Bengkel Raffey Auto Garage
No 129 Jalan Tasik Utama 3
Taman Tasik Utama
Ayer Keroh
Melaka
No Tel : 017-6850756