Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebelum ni aku buat homestay untuk rumah ku di Taman Maju tapi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ianya memberi kesan. Jadi pada hari Jumaat lalu ada orang nak sewa rumah di situ maka aku ambil keputusan untuk memberikan sahaja.
Kalau ikutkan harga di area itu termasuk dengan peralatan seperti katil, kabinet, tv, peti ais sudah pasti mencecah RM600 ke atas. Tapi aku hanya memberikan sewa paling murah iaitu RM400. Mula-mula nak letak RM450 tapi diminta kurang maka aku pun benarkan je dengan harga yang murah tu. Ikutkan adik aku komplen juga tapi aku berpendapat untuk tidak menjadi kapitalis. Memang aku tidak mendapat untung memandangkan bulanan perlu membayar RM556 . Jadi memang ada lebihan RM156 yang perlu ditanggung tapi tak kisahlah. Selain aku dapat juga pendapatan ia juga boleh mengurangkan beban penyewa. Meskipun penyewa ku yang baru ini adalah seorang guru yang mungkin tak terkesan dengan gaji PKPB tapi aku tetap merasakan cukuplah.
Aku juga berbincang dengan mak ku dan dia bersetuju. Yelah kita tolong orang nanti kita akan dapat bantuan dari ALlah.. Mungkin korang yang membaca ni adalah salah satu bantuan yang diberikan. Dengan berkat bacaan korang yang memberikan semangat dan sedikit view pada blog ini.
Okay cukuplah sedikit celoteh ku.. Semoga ia akan memberi manfaat kepada penyewa baru ku nanti.. AMIN..
One Reply to “Tutup Sementara Homestay Taman Maju”