Tinggal beberapa hari je sebelum Hari Raya 1440 H menjelma. Nampaknya Ramadhan tahun ini ada beberapa aktiviti yang boleh aku kongsikan dengan korang semua.

1) Solat Terawih

  • Alhamdulillah tahun ini, kadar kedatangan aku ke masjid untuk menunaikan terawih agak baik. Setakat 29 hari ni, aku hanya tinggal 1 je. Kira hampir penuh jugalah dengan aktiviti terawih.
    Tahun ini juga aku bertukar kariah dan menariknya kali ini aku berjaya membawa isteri dan anak. Rasanya dalam belas hari juga aku berjaya membawa Fatih. Memang ada sedikit cabaran bila membawa anak kecil berusia 4 tahun ni.
    Memang dia tak ikut solat. Ye lah belum faham lagi tapi ini satu inisiatif yang cuba ku terapkan. Lagipun isteri dah 4 tahun tak terawih sejak ada Fatih, jadi aku cuba bawa. Alhamdulillah mungkin dapatlah pahala terawih tu sipi kat aku nanti.
    Terawih di kariah baharu ini sedikit lain dari kariah sebelum ini. Jika kariah sebelum ini, ada terawih dengan budak tahfiz tapi yang ini direct dengan imam sediada dengan 8 rakaat + 3 witir. Agak cepat juga tamat terawih dimana kira-kira 9.30 dah selesai.
    Lepas tu aku layan moreh yang disediakan oleh pihak masjid. Melalui aktiviti moreh ni sedikit sebanyak boleh kenal dengan kariah dan penduduk taman.Tapi macam biasalah, yang penuhnya orang pencen je.. Yang muda-muda ni tak berapa nampak. Mungkin diorang solat kat masjid yang lagi banyak rakaat kot.

2) Program CSR Bubur Lambuk

  • Seperti biasa, Jabatan akan buat program CSR sediakan bubur lambuk dan aku akan terlibat secara paksa. Untuk tahun ni aku kena jadi ketua program CSR Bubur Lambuk di Masjid MITC. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dimana YB ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee menjadi tetamu jemputan dalam mengagihkan bubur lambuk tu.
    Masa ni aku perhatikan ada juga yang macam tak berkenan bila YB yang bukan muslim mengagihkan bubur tu. Entahlah, terpulang pada pendirian masing-masing. Pada aku takde masalah pun. Bukannya diagihkan dalam masjid ataupun ada ceramah pun. Sekadar mengagihkan bubur lambuk yang dimasak oleh orang muslim. Tapi masing-masing ada pendapat sendiri kan.

3) Program Iftar dan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Ahli Parlimen Alor Gajah.

  • Yang ni aku telah tulis dalam entri sebelum ini. Korang boleh baca ni

4) Membaca Al Quran

  • Okay walaupun aku tak khatam tapi adalah perkembangan sedikit. Inshallah lepas Syawal aku cuba teruskan untuk khatamkan.

5) Beli Baju Raya

  • Okay, tahun ni aku beli baju raya teluk belanga je. Itupun beli kat Mydin Jasin.

6) Berat Badan

  • Setakat ni berat badanku kira-kira 61.5 kg. Masih belum capai BMI terbaik tapi masih terkawal. Masa Syawal nanti kena berhati-hati agar tidak meningkat secara mendadak nanti.

Itulah serba sedikit kisahku di bulan Ramadhan ni. Takde idea nak tulis panjang-panjang.

Akhir Kata
‘ SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR BATIN’.

p/s : Malas pula nak buat poster Hari Raya untuk tahun ni. Open House ada rancang tapi macam tak mampu nak jalankan pula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.