Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Kalau korang rajin follow blog ni mungkin pernah baca yang aku pernah merasai tempat kedua Anugerah Inovasi Negeri melaka pada tahun lepas.
Dan seperti biasa, aku akan diPAKSA oleh boss untuk masuk anugerah inovasi setiap tahun. Memang mencabar tapi kena juga buat. Almaklumlah ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’. Jadi perlulah dituruti walaupun banyak kerja yang tak dapat nak disusun.
Untuk tahun ini aku mencuba produk pula. Aku melihat RFID (‘ Radio Frequency Identification) boleh dijadikan sebagai produk inovasi. Apa itu RFID? Aku pun tak pandai nak terangkan secara ilmiah cuma korang boleh tengok kad-kad kerja, atau lebih senang lagi kad Touch N Go yang korang gunakan tu terutama kat highway.
Itulah dia RFID dalam makna yang mudah.
Projek yang aku nak buat ialah menggunakan RFID tag untuk keluar masuk pejabat. Di samping sebagai kunci, ia juga akan menandakan siapa yang masuk pejabat itu.
Camne nak buat ye? Aku mencari arah tetapi terjumpa satu teknologi iaitu Arduino.
Apa pula Arduino tu ye? Sebelum korang Google, aku maklumkan dalam bahasa senang iaitu peralatan elektronik yang digunakan dalam perkakasan dan perisian. Arduino dalam bentuk litar elektronik yang boleh membaca banyak benda termasuk sensor, LED. thumbprint , memutar peralatan dan sebagainya.
Nak cerita panjang pasal Arduino ni takut korang pening dan aku pun tak reti sangat. Lagipun aku baru beberapa hari mengenali Arduino ni. Aku rasa tak perlu celoteh panjang, cuba korang tengok video Youtube yang aku baru upload..
Amacam menarik tak? Kalau menarik mungkin aku boleh kongsikan perjalanan projek ni nanti. Semoga aku dapat dipermudahkan untuk menghasilkan prototaip dan realitinya.