Minggu lepas kecoh dengan isu pertukaran kerajaan. Isu yang cukup hangat hingga menimbulkan pelbagai polemik antara satu sama lain. Aku memang terasa nak komen tentang isu ni tapi disebabkan aku terikat maka elok tak komen. Cumanya aku tertarik dengan satu video yang kini hangat menjadi tular di sana sini. Video mengenai jeritan seorang gadis untuk menyuarakan pendapatnya. Ia menjadi tular sehingga menyebabkan ramai yang ambil kesempatan. Bukan ambil kesempatan kepada gadis tu tapi mencuri peluang kisah hangat itu dengan menampilkan beberapa video parody. Agak kelakar, tapi jangan suruh aku buat, tak berani juga.

Menariknya ada satu ayatnya yang menarik perhatian ramai iaitu mempromosi secara tidak sengaja jenama makanan ringan ‘Super Ring’. Kenapa aku tertarik? Sebab makanan ringan Super Ring itu memiliki kilang di Ayer Keroh Melaka dengan nama Oriental Food Industries. Syarikat Oriental Food ini dinyatakan telah dimulakan pada tahun 1978. Kiranya kilang ini sama usia ku dah 42 tahun, Cukup lama tu.

Secara jujurnya aku pernah memohon kerja sebagai operator di kilang itu masa cuti semester ketika di UiTM dulu. Tapi masa tu kilang tu tak nak pakai orang. Sekarang ni menjadi kilang yang cukup gah juga di Melaka ni.

Cuma aku pelik kenapa marketing Oriental Food tidak menggunakan situasi tular ini untuk mendapat lebih perhatian. Kalau kita lihat jenama-jenama besar sibuk menyelitkan diri bila ada isu hangat di media sosial.

Sepatutnya mereka mengambil peluang ini untuk menonjolkan diri. Saya rasa ramai yang mungkin tidak mengenali keropok Super Ring ni. Kalau ikutkan bukanlah keropok sangat, ianya adalah makanan ringan yang disalut keju dan tepung. Kalau makan Super Ring ni mesti tangan anda berwarna jingga sebab pewarnanya. Kalau ikutkan nutrisi memang tak sesuai untuk dimakan tapi layanlah sekali sekala ye. Cumanya aku memang tak berapa makan Super Ring ni kalau layan tv. Dalam usia 40-an ni lebih suka layan Nanas sambil tengok tv. Tapi tengok tv pun dah jarang apatah lagi bila dah terlalu banyak terlibat dengan Youtube ni. Lagilah jarang menjenguk tv.

p/s :-Setakat 2 Mac 2020 jam 10:36 malam aku melihat di Facebook Page Oriental Food . Diorang ni tak follow isu semasa ke?

Kepada kawan-kawan semua, kalau tak puas hati pun takyah lah jerit-jerit tak tentu hala. Kalau nak jerit pun pastikan kita susun ayat yang bijak ye… Nanti ada orang rakam, popular satu dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.