Uncategorized

Terbang RM500 repair kereta ; Gate Rumah dah dibuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni nampaknya aku terpaksa membelanjakan hampir RM500 untuk kereta. Satu kereta Myviku yang dah sudah sampai waktu untuk tukar minyak hitam. OO ye, kalau sebelum ni aku menukar minyak hitam sendiri tapi kali ni hantar ke bengkel sebab gear agak keras. Dan seperti sebelum ni aku hantar ke bengkel Bro Rafiey seperti ketika beliau menyemak tangki radiator . Aku senang hantar ke bengkel dia sebab dekat dan biasa akan ada penerangan serba sedikit tentang apa yang rosak. Aku nak cerita sangat pun macam tak berapa faham tapi oklah.

Waktu tengahari rehat aku hantar dan petang lepas kerja dah boleh angkat kereta. Alhamdulillah takdelah rasa ketat sangat tapi tidaklah terlalu licin. Ada benda yang diberitahu oleh Bro Rafiey yang perlu berjaga-jaga.

Itu untuk kereta Myviku yang menerbangkan RM210 untuk minyak hitam, service cluth dan beberapa benda lagi.

Untuk kereta Viva isteriku pun buat hal juga. Mula-mula aku ingat nak tukar minyak hitam je tapi sekali dalam perjalanan tayar pula pancit. Pancit habis dan lenyek. Memang terpaksalah menukar tayar baharu. Nasib baik masa jalan tu aku terasa dan terus singgah ke bengkel kampung untuk tukar ke spare part tayar. Kali ni bengkel di Jasin menjadi tempatnya. Kenalah RM3++ . Pergh!! Pitam juga rasanya.. Tapi inilah lumrah kehidupan. Harap korang sentiasalah kat blog ini membaca nukilan ni. Hehehe. Boleh jadikan hiburan di waktu bosan kan?

Selain tu pagar rumahku dah dicabut. Pagar depan dan pasti akan dipenuhi dengan tahi kucing lepas ni. Adoi.. Ye kali ini misi untuk mengganti pagar depan akan terlaksana. Sekarang ni baru proses untuk menyediakan tempat. Ada beberapa isu sedikit dengan jiran yang menyebabkan terpaksa menukar strategi. Takpelah masing-masing ada hak . Jadi kita kena ikut caranya..

Inshallah mungkin hujung minggu ni pagar depan dapat disiapkan dan kita tengok adakah kucing masih sanggup melompat untuk membuang najisnya. Kalau jadi juga maka aku perlu sesekali tinggal di rumah untuk menangkap durjana itu..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

One thought on “Terbang RM500 repair kereta ; Gate Rumah dah dibuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.