Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pergh!! Agak mengejutkan bila aku menyemak akaun paypal pada minggu lalu.
Bayangkan tengok je aktiviti di Paypal terjumpa satu transaksi yang berulang dari merchant yang sama pada tahun berbeza.
Eh, bila masa pula aku buat transaksi ni. Terkejut beruk la tengok ada automatic payment . Tengok-tengok dan ku kaji selidik rupanya ada pembelian Malwarebytes.com
Adoh,. ada guna automatic payment rupanya. Dan harganya bukan murah US39.99 yang mana tahun 2020 langsung tidak ku gunakan.
Dan sudah pasti tahun ini pun tidak. Jadi mungkin sebab aku pernah beli dulu. Cumanya tak perasan pula ada bagi kebenaran untuk automatik payment.
Tapi nak buat camne, inilah kesilapan bila tak melakukan semakan berkala. Hilanglah sebegitu saja US39.99 selama 2 tahun iaitu bersamaan 79.98 atau dalam RM nya lebih dari RM300 dibuang sebegitu sahaja.
Memang sedih juga sebab kalau ikutkan amaun tu aku boleh gunakan untuk renew domain Zoolzarizi.com , Yourhealthblog.net dan Yourfinancialblog.com.
Perkara dah berlaku kena terima kenyataan. Mungkin lepas ni aku kena alert dan selalu buka paypal meskipun takde transaksi. Oo ye, aku buka ni pun sebab ada orang bagi duit Paypal hasil artikel.
Korang pernah tak hadapi situasi ni? Nasib baik dalam paypal tu ada baki lagi kalau tidak debit card kena tarik juga tu. Hahahhaha..
Dah perasan tu aku pun contact syarikat yang menarik duit tu iaitu 2Checkout dan juga Malwarebytes. Aku pun stop juga automatic payment dari paypal supaya ia tak berulang.
Kalau tengok ada juga nama Godaddy ni. Jadi kena cancel dulu. Biarlah bayar ikut cara biasa.
Ooo ye sambil tu kalau korang rasa simpati dengan kejadian ni dan ada lebih-lebih duit kat Paypal tu bolehlah belanja kopi. Tak mahal pun hanya US1 je. Ala sekali sekala je.
Korang derma kat link bawah ni ye..
https://www.buymeacoffee.com/zoolzarizi
Semoga belanja kopi korang semua akan membantu aku bangkit dan mungkin kita boleh belanja kopi yang sebenarnya..
AMIN.