DIY

Tukar Minyak Hitam dan Coolant Myvi Kali Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku menukar minyak hitam dan coolant Myvi.
Alhamdulillah berkat belajar dari Youtube aku mampu menjimatkan masa dan kos dari pergi ke bengkel.
Meskipun aku mengambil masa sekitar dua jam untuk melakukan kerja-kerja tersebut tapi ia berbaloi.
Ia bukan benda yang terlalu mencabar. Yang penting kena berani dan tau kawasan mana yang perlu dipegang dan putar.

Disini aku ada tunjukkan cara mudah untuk tukar minyak hitam Myvi


Di sini juga aku ada tunjukkan cara mudah coolant Myvi

Aku terlupa nak tukar sebelum ni. Dah lebih 5000 kilometer rupanya..
Air radiator nampak berkeladak juga. Cumanya aku takdelah bersihkan terlalu sangat tapi bolehlah.
Mungkin lagi 5 bulan aku akan buat semula. Bukan apa, dapat juga menguatkan badan dan tangan-tangan ni bila buat ni..

Ooo ye, takde gambar aku ambil sebab handphone dah nak habis bateri. Aku buat artikel ni supaya mudah untuk buat rujukan di masa akan datang..
Bagaimana dengan korang semua? Buat sendirilah kan? Bukan susah pun..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.