Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Semalam aku mengalami satu peristiwa yang cukup menyayat hati. Hahhahaha. menyayat lah sangat. Takde mana pun cuma ketika lepas habis meeting aku masuk kembali ke pejabatku. Dan alangkah terkejutnya bila melihat ada sekawanan lebah berada di karpet.
Korang tengok lah gambar di bawah ni.
Jadi aku memberanikan diri untuk mendekati lebah tersebut. Aku tengok tiada pergerakan dan tengok kat bontotnya takde pula jarum tegak. Jadi aku pun cubalah mengalihkan kesemua lebah tersebut ke satu kawasan yang lebih jelas.
Entah macammana ketika aku mengangkat seekor lebah tersebut ada jarum yang mengenai jariku. Adoi… memang sakit. Aku cabut terus jarum tersebut dari jari telunjukku ini. Mula-mula aku ingatkan mungkin racun lebah tu dah takde dan aku jangka sakit ni akan hilang sebegitu sahaja.
Yelah, ingatkan lebah dah mati kan. Jadi mungkin rasa sakit macam kena jarum diabetes tu je. Tapi sekali jariku menjadi bengkak.Memang satu kepedihan yang perlu dilakukan sesuatu. Aku terus menuju ke bilik korporat tetapi tiada ‘first aid’ rupanya.
Jadi aku minta pada rakan-rakan lain terutama perempuan. Ada yang memang bawa minyak angin. Jadi gunalah apa yang ada. Bengkak tu sedikit menganggu pergerakan. Nasib baik sekarang ni lepas hampir sehari , kesakitan sudah berkurangan tetapi masih ada bengkaknya. Kalau ikutkan nasihat seorang rakan, akan ada kegatalan beberapa hari lepas ni.
Selepas kena tu, aku ada juga research kat Google. Kalau dulu, kena sengat setakat seekor lebah ni takdelah menggusarkan tapi bila kita dah ada penyakit kencing manis memang risau sikitlah kan.
Aku baca tentang sengat lebah di Portal MyHealth Kementerian Kesihatan , ia boleh memberikan komplikasi yang serius kalau disengat dalam kuantiti yang banyak. Ia boleh menyebabkan komplikasi saraf , buah pinggang dan seterusnya membawa maut. Aku bernasib baik sebab hanya terkena seekor dari 23 yang telah mati tu. Kalau 23 ekor tu menyerang. mungkin aku tidak dapat menaip artikel ini dan berkemungkinan pejabatku perlu mencari Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang baharu.
Dalam artikel tu juga mengatakan bahawa bengkak ini mungkin berlanjutan hingga ke seminggu. Harap tak begitu lama sebab banyak perkara nak buat ni. Selain tu, jari telunjuk tu yang menjadi jari utama untuk aku check gula dalam darah ni.
[ Cara Ukur Gula Dalam Darah ]
Kalau ikut saranan dari dalam portal tu, kita kena elakkan dari lebah ni. Aku masih terasa pelik bagaimana lebah tu boleh ada disitu dan kenapa ianya bergelimpangan mati disitu. Aku cuba juga mencari jika terdapat sarang di situ. Takpelah mungkin mereka mati kena ‘Haoshoku Haki‘ yang aku terkeluar secara tak sengaja kot. Hahahahah. Gurau je..
Kepada korang kalau ternampak sarang lebah berdekatan, cepat-cepatlah hubungi bomba atau JPA. Jangan pandai memandai pula sebab boleh mengakibatkan perkara yang lebih teruk lagi tu..
Ni baru kena seekor lebah, camne la dengan mamat ni yang selalu kena sengat ni.