Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Mungkin dah lewat aku menulis pasal kisah pelawak terkenal, Abam Bocey yang telah meninggal dunia pada Isnin lepas. Tapi elok juga aku berkongsi pendapat peribadi aku.
Secara jujurnya, aku bukanlah peminat tegar Abam mahupun kumpulan Bocey ni. Aku hanya menonton rancangan membabitkan mereka apabila ada kelapangan sahaja. Aku juga follow Instagram mereka tapi bukanlah terlalu mengikuti sangat.
Bila mendapat berita kematian Abam pada hari Isnin lepas ada perasaan terkejut juga. Ye lah, usia baharu 32 tahun dan tiada berita sakit terus pergi begitu sahaja. Masa tu aku ada program di Microsoft jadi tak de la tengok berita pemergian Abam di media sosial.

Lepas balik dan sampai ke rumah, tengok trending keyword Abam Bocey ni. Di setiap media sosial ianya menjadi bualan hangat. Cukup mengejutkan tentang penghormatan yang diterima oleh seorang yang bergelar pelawak ini.
Memang mengejutkan apabila ribuan orang ramai hadir ke majlis pengebumian arwah ini. Sememangnya mengejutkan sebab beliau bukanlah seorang alim ulama sehinggakan ramai ustaz-ustaz berada menjadi jemaah bagi solat jenazah. Jumlah mereka yang solat melebihi jumlah mereka yang solat Jumaat.
Dan kematiannya adalah pada hari Isnin iaitu waktu bekerja bagi kebanyakan orang. Situasi ini memang cukup hebat kerana dari segi selebriti sekalipun beliau bukanlah pelawak yang sedang top. Pemilik nama Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan ini memang pernah menang Artis Komedi Popular pada tahun 2015 dan 2014 tetapi selepas itu tiada kemenangan lagi.
Malahan Kejohanan Maharaja Lawak Mega 2019 bersama kumpulan Bocey hanya mendapat tempat ketiga sahaja. Namun apa yang menyebabkan beliau dikenang adalah sesuatu yang dicemburui oleh ramai orang (termasuk Zoolzarizi). Dalam minggu ni aku banyak membaca dan mendengar kisah-kisah arwah dan sememangnya beliau layak untuk dihormati sebegitu.

Sebagai penghormatan aku juga menulis mengenai arwah meskipun sebelum ini tiada isu hiburan dalam blog personal ini. Berikut merupakan pengajaran dari kisah hidup Abam Bocey :-

1) Persahabatan yang cukup kuat antara kumpulan Bocey. Kalau kita lihat Achey dan Fad merupakan ahli kumpulan Bocey dimana kita lihat nilai persahabatan cukup kuat antara mereka. Memang diakui perbuatan meratap orang yang telah pergi bukan sesuatu yang bagus tetapi emosi tak boleh disimpan oleh mereka.
Sudah pasti banyak episod suka duka yang dikongsi bersama dan pemergian secara tiba-tiba pasti mengejutkan. Berbeza kalau meninggal ketika sakit dimana kita telah bersedia. Nilai persahabatan dapat dilihat dimana mereka telah berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anak tunggal arwah.
Mereka telah sepakat untuk melangsaikan kerja-kerja tertunggak Abam bagi meringankan beban warisnya.

2) Aura positif arwah menyebabkan disenangi oleh ramai orang. Arwah juga tidak terpalit dengan kontroversi picisan dan senang memaafkan orang lain. Ini menyebabkan ramai orang suka pada arwah.

3) Sifat bersedekah yang menjadi penyebab utama ramai memberi penghormatan. Amat mengejutkan dalam temubual dengan adik beliau, Ali Puteh dimana arwah memang pemurah dan suka belanja orang. Bukan belanja orang yang dikenali sahaja malahan pernah belanja makan satu restoran. Bukan semua mampu melakukan perkara tersebut.
Sedangkan nak belanja rakan sepejabat pun rasa berat lagikan satu restoran. Ali memberitahu arwah pernah belanja RM1K tanpa menyesal. Bayangkan belanja 1,000 ribu ringgit sehari untuk orang lain.

Bukan sahaja bersedekah belanja makan je, beliau sanggup menaja sekolah tahfiz dan anak-anak yatim. Malahan budak kampung yang nak buat aktiviti pun sanggup Abam ni keluar duit untuk sponsor mereka. Betapa mulianya hati arwah ni. Sebab itu masa hari pengebumian ramai orang yang tidak dikenali oleh kaum keluarga yang ingin bersama dalam majlis tersebut.
Cukup hebat amalan sedekah ni. Untuk peringatan kita supaya tidak lokek dengan orang susah.

4) Rapat dengan mak. Inilah amalan paling mulia yang dilakukan oleh arwah Syed Umar. Beliau amat rapat dengan ibunya dan sering mendahulukan ibunya. Kalau korang cari di Youtube memang beliau sering bercerita tentang ibu. Susah senang mereka bersama. Memang kehilangan Abam akan dirasai oleh ibunya.

5) Beliau ada cita-cita nak jadi ustaz. Kalau korang tak percaya cuba cari kat Youtube ni Ambang 2016. Ada sekali tu Afdlin tanya Abam, dan dia cakap nak jadi ustaz. Nampak cam nak buat lawak tapi nampak keseriusan beliau disitu. Nampak ada niat yang mulia di situ.

Memang ada beberapa lagi sifat-sifat mulai Abam yang boleh kita jagikan pedoman dan ikutan. Mungkin kita tidak mampu untuk jadi sehebat beliau tapi cukuplah sedikit dijadikan ikutan..

Sumber Informasi :MGTV Live

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.