Bagi blogger-blogger yang dah lama macam aku dan Titan mungkin kenal dengan syarikat pengiklan website terkenal satu masa dahulu.
Nuffnang, nama yang sering disebut oleh Blogger pada masa aku mula-mula berkecimpung dalam bidang blog ini. Nama yang mengukuhkan pelbagai nama blogger yang ada masih membesar dan ada yang telahpun terkubur.
Namun semenjak dua menjak ni aku tengok semakin suam kuku. Blog Ligakampung pun dah tak berapa nak naik iklan Nuffnangnya. Adakah sebab mereka telah mengecilkan skop atau hanya blog terpilih sahaja?
Apapun ia merupakan keputusan syarikat penyedia pengiklanan untuk website dan blogger. Kalau ingat kembali sebelum ni ada Advertlets, Innity dan pelbagai lagi syarikat penyedia iklan untuk website.
Aku memang suka guna Nuffnang sebab dia tak pernah tak bayar cuma semenjak dua menjak ni nampak macam tak berbaloi pula letak di blog Ligakampung. Nak letak Adsense memang tak menepati lagi jadi itu pilihannya. Kalau ikutkan pendapatan semasa, aku memerlukan lagi RM1*.** untuk dapat cashout.
Dan bukan satu dua bulan nak capai tu. Mau 4-5 bulan tu. Tapi takpelah, kenalah cari idea lain. Selain dari Nuffnang, aku cuba juga guna Lazada tapi buat masa ni belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Apapun yang penting blog Ligakampung semakin berubah. Dari blog yang tiada hala tuju mula memberi fokus.
Walaupun traffik sedikit kurang berbanding 6-7 tahun lepas tapi ia ada target tertentu berbanding sebelum ini.
Oo berbalik kepada adakah Nuffnang semakin ke penghujungnya, adakah ianya benar? Mungkin ada kawan-kawan kat sini boleh buat sedikit kenyataan ke.
Okay, sambil tu aku nak cerita pasal Mesyuarat dengan YAB Ketua Menteri Melaka pada hari Isnin lalu. Memang kelam kabut juga sebab dengan SEGERA kena keluarkan gambar yang diminta. Nasib baik kami menggunakan 2 laptop dengan menggunakan peralatan Aten Switcher. Satu laptop guna untuk perkara Adhoc dan ditukarkan secara terus.
Cuma ada problem kat projektor pula tu. OO ye, mesyuarat ini juga membincangkan tentang hal program PR1MA, PPA1M, SPNB dan JPN. Banyak mengenai projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan. Harap-harap banyaklah projek yang berjaya. Kiranya orang Melaka dapatlah membeli rumah nanti.
Ooo ye, hari Ahad lalu lepas aku dan isteri pergi rumah orang kahwin di Tampin, sempatlah singgah melawat Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin dan juga Hypermart Mydin Tampin. Kira membangun juga bandar Tampin belah Melaka ni. Untuk pengetahuan korang semua, bandar Tampin ni terbahagi kepada dua jajahan iaitu antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Kalau sempadan dia tak silap aku dekat Bas Stand Tampin tu. Okaylah cukuplah setakat ni. Inshallah dalam minggu ni aku akan tulis banyak sikit pasal perbarisan Hari Merdeka dan Hari Raya Haji. Selamat membaca blog tak seberapa ni.
Tak pernah lagi menggunakan perkhidmatan Nuffang ni.. Sebab dengar2 selalu ada masalah pembayaran baru2 ni >.<
semakin ramai ke meninggalkan nuffnang, buatkan nuffnang boleh meninggal ? oh sangat sadis
Nampak macam ada gaya Nuffnang ni nak tutup. Part earning tu memang betul, sangatlah sedikit. Kalau nak dapat sebulan RM1 pun belum tentu boleh dapat. Tapi baru-baru ni, diorang still ada buat event dan jemput blogger untuk datang… tapi entah la. Mungkin business model diorang dah tak berapa ok kot untuk terus kekal.
Sudah lama tidak aktif dengan mereka tetapi akhir-akhir ini kerap pula dapat email daripada mereka.
tanda-tanda untuk ke garis penamat sudah…
kalau boleh terus bertahan kerana syarikat ini sudah lama bertapak dan berbakti kepada blogger
dah jarang keluar iklan depa.
nak buat macam mana..geng depa pun sunyi iklan ja.
Di era permulaan Nuffnang dulu baru nak kenal apa itu blog. Boleh dikatakan semua blog yang dijumpai pasti ada iklan Nuffnang. Tapi sekarang jarang kelihatan.
entah la bro, kawan pun memang agak lama tak guna. itu hari ada juga try untuk blog lain tapi memang tak berbaloi. Banner pun saya keluarkan kembali…Biar takde banner dari letak banner yang tak ada hasilnya
nuffnang ni slow sangat kot.. susah betul nak dpt earnings sekarang.. kesian blogger baru
blogger lama pun kesian juga.. huhuhu