Disebabkan minggu ini aku takde apa-apa sangat nak kongsikan jadi aku buka satu Isu yang lebih menarik.
Isu ini aku kongsikan lepas seorang rakan sekerja menghantar surat berhenti untuk sambung belajar. Sebenarnya cerita dia nak berhenti kerja dan menyambung pengajian ke peringkat Phd ni dah diketahui tapi baru je surat diterima ke boss ku.
Jadi bolehlah kalau aku nak cerita ni. Almaklumlah, blog ni agak terbuka jadi tak mustahil ada kakitangan lain yang baca artikel ni.
Perkongsian aku adalah, BERBALOI atau tidak berhenti kerja semata-mata untuk menyambung pelajaran? Untuk pengetahuan korang, kakitangan itu memang seorang yang amat penting sebab berjawatan AKAUNTAN di agensi kerajaan. Kalau ikutkan dah hampir 4 tahun dia bertugas di pejabatku tapi mungkin ada cita-cita yang lebih ingin dicapai lagi.
Takpelah itu keputusan yang telah diambil jadi tentu dia dah buat keputusan masak-masak. Kalau ikutkan, aku pun ada hati nak berhenti tapi ketidakmampuan dan ketidakberanian masih bersarang di hati. Yelah, kalau berhenti nak dapat pendapatan dari mana pula ye.. Lainlah blog-blog aku boleh bagi pendapatan konsisten menyamai gaji sekarang. Mungkin boleh diambil tindakan.
Berbalik kepada tajuk diatas, apa pendapat anda? Adakah berhenti bekerja untuk sambung belajar itu berbaloi?
Ada beberapa poin yang boleh dijadikan asas. Antaranya :-
Pro Berhenti Kerja Sambung Belajar
1) Dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan. Ini sedikit sebanyak akan memberikan tambahan status kelayakan kepada kita. Sebagai contoh, kalau dulu ada Ijazah sahaja apabila selesai belajar akan dapat Master, PhD dan sebagainya.
2) Kemungkinan apabila selesai belajar, gaji boleh demand sesuai dengan tahap pendidikan.
3) Dapat melepaskan beban kerja untuk beberapa tahun. Kadangkala kerja yang tak sesuai akan menyebabkan stress.
Kontra Berhenti Kerja Sambung Belajar
1) Tiada pendapatan. Berbanding ketika bekerja, anda tiada pendapatan bulanan. Kalau ada pun mungkin dalam bentuk elaun yang tak setinggi gaji sebelum ini.
2) Kebarangkalian untuk mendapatkan kerja pada masa hadapan belum pasti. Dengan keadaan pasaran yang cukup mencabar ada kemungkinan untuk jadi penganggur yang mempunyai tahap pendidikan tinggi.
3) Perbelanjaan perlu dikurangkan sebab tiada gaji seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini pakai Kereta Alza kenalah downgrade sebab pendapatan tiada ataupun kecil.
Jadi apa pendapat anda? Sesekali kongsi-kongsilah pendapat untuk kita bersama.
Kalau tiada langsung sumber kewangan lain elok diteruskan dulu kerja. kalau ada backup kewangan yang dah cukup baik boleh je teruskan hasrat dan cita-cita. Kadang2 orang nak sambung belajar bukan kerana untuk dapat itu ini dan apa bagai.. tetapi lebih dari itu sebenarnya hanya empunya diri yang tahu.
kalau rasa berbaloi, berhentilah dengan segera.
ntah. kawan tu rasa berbaloi kot..
mungkin juga sebab dia pun kontrak..
anak tunggal pula tu..
Den belum lagi.. kalau berhenti nak bagi makan anak bini takde sumber nanti
Kalau kerisauannya adalah disebabkan oleh duit… maka kena selesaikan masalah duit tu dulu, kemudian nak buat apa pun mesti tak menjadi masalah. Boleh buat dengan yakin lagi
Kalau plan masih nak berada di dalam agensi kerajaan, baik mohon cuti belajar. Tapi kalau dah ada sumber kewangan yang kukuh dan ada plan nak ke jabatan swasta atau buat bisnes sendiri, takde masalah pun nak berhenti kerja.
Yang penting back up plan perlu ada. Rezeki Allah terbentang luas, jangan malas untuk berusaha.