Hari ni sempena Deepavali aku mengambil cuti tambahan. Bukan sebab menyambut tapi nak tengok hal-hal kewangan yang perlu ditanggung. Disamping itu, ini juga merupakan entri bersambung dari 3 tahun lalu . Aku memang jarang cuti dan masih ada 30 hari lagi sehingga kawan-kawan Pembantu Tadbir menyuruh aku cuti. Walaupun bercuti tapi matlamat adalah untuk menguruskan hal-hal kewangan.
Kalau ikutkan aku nak ke Great Eastern Takaful sebab nak tengok samada cash value dah sampai RM6,000 ke belum tapi tak tercapai sebab TERLUPA. Tapi bila tengok entri 3 tahun lalu, rasanya belum cecah lagi tu. Takpelah, kenalah teruskan bayar bulan-bulan dulu. Kalau 3 tahun lalu tak pernah guna lagi takaful tu tapi setahun lepas tu dah kena guna bagi pembedahan tonsil . Tak tau le ada efek ke tak. Aku ingat nak contact semula ejen atau dapatkan kenalan Great Eastern Takaful yang baharu bagi melihat kembali apa benefit yang dapat dalam takaful ni. Dulu dah tak ingat dah.. Kena lah review semula kan?
Menuju ke Bank Muamalat pula, aku menyemak baki akaun . Dari tahun 2014 tak pernah kemaskini buku tu. Memang ada masuk sikit-sikit melalui online. Alhamdulillah nampak nilai 4 angka simpanan tu. Meskipun masih sikit amaunnya tapi bolehlah tu untuk projek 2 tahun akan datang. Simpanan yang akan digunakan untuk pelaburan terkini nanti. Sambil tu aku juga menyemak berapa baki pinjaman dimana masih 1++,++ + (lupa nak catat sebab cakap je.. tak print). Untuk penyelesaian penuh, adalah kira-kira RM68,+++ je. Sekarang ni aku bayar kira-kira RM55+.++ setiap bulan secara auto debit. Kalau ikut penyelesaian penuh (full settlement) tu jangka mampu ku tamatkan kira-kira 10 tahun .Itu kalau ikut full settlement dimana kena ada sekali bayar lump sump. Tapi kalau ikut je jadual bayaran kena lagi 18 tahun tu. Aku harap dapat selesaikan lebih awal dari 10 tahun tu sebab aku akan pencen kira-kira lagi 15 tahun lagi. Tak nak le sambung bayar dah pencen kan? Itu pun kalau ikut je tahun pencen. Tapi matlamat aku nak bersara lebih awal dari tu. Kalau dulu, berangan nak pencen dalam 40-an tapi tu le masih kabur lagi untuk bersara awal ni.
Habis ke Bank Muamalat aku singgah ke UTC di Bank Simpanan Nasional untuk kemaskini buku (almaklumlah akaun BSN ni aku tak online kan dan takde kad ATM pun). Ada lah juga baki 4 angka hasil simpan sikit-sikit termasuklah masuk duit syiling dalam mesin . Cuma sekarang ni leceh sikit nak simpan duit syiling sebab mesin BSN kat Jasin tu dah tak berfungsi. Nak kena cari tempat lain kat Melaka ni? Korang tau ke? Tapi kalau dah tak jumpa mesin, korang boleh juga try tips ni ( What To Do With Your Coins )
Ooo ye, sambil tu aku nak promote Instagram aku, di https://www.instagram.com/zoolzarizi/ ( Insta mengenai hal-hal perumahan). Mohon korang follow dan sama-sama berkongsi ilmu perumahan ye dan jadikan aku instafamous pasal perumahan ye. Hehehehe…
p/s : Aku harap blog ini akan terus wujud lagi 10 tahun untuk aku tengok kembali entri ni yang membantu untuk menguruskan kewangan.. AMIN..
tu dia.
dah main instagram la plak.
hoho..kemain.
try je bro..
mana tau boleh pergi pula..