Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya aku masih lagi memegang jawatan Setiausaha Persatuan Taman untuk sessi ke 2. Ikutkan hati memang dah tak nak pegang tapi AJK baharu masih melantik dan kesian pula. Jadi kita ikutkan juga tetapi pada sessi ini mungkin perubahan besar-besaran perlu dilakukan. Antaranya ialah :-

  1. Perlu bertindak professional dimana setiap keputusan mesti diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi. Setiausaha tidak berhak membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.
  2. Kerja-kerja perlu dibahagikan mengikut tanggungjawab masing-masing. Tiada lagi kerja ‘on man show’.
  3. Perlu mengikut perlembagaan yang sebenarnya. Sebenarnya sebelum ini terlalu banyak pelanggaran dari segi prosedur perlembagaan. Pindaan perlembagaan juga perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung.
  4. Setiap yang diberikan tugas perlu memberikan laporan kepada AJK Tertinggi. Tiada lagi sekadar secara verbal.
  5. Mesyuarat perlu diadakan mengikut format yang ditetapkan. Perlu cukup korum, perlu tepat masanya.

Aku rasa itu serba sedikit yang ingat. Mungkin ada lagi penambahan yang perlu dilakukan. Sekiranya korang pernah menjadi Setiausaha Persatuan aku minta supaya memberikan pandangan di ruangan komen ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.