Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Artikel kali ini aku kembali dengan cerita tentang saham. Apa itu saham? Saham adalah satu pegangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Ia dikeluarkan dalam bentuk lot bagi membolehkan pembeli saham mempunyai pegangan dalam sesebuah syarikat.
Di Malaysia ini, terdapat badan yang mengawal selia saham (yang berdaftar sahaja) iaitu Bursa Malaysia. Secara jujurnya aku masih baharu dalam industri saham ini. Masih setahun jagung kata orang tapi adalah sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang saham ni.
Bila bercerita pasal saham ini mesti ramai yang terbanyak modal jutaan ringgit kan? Tapi sebenarnya tidaklah setinggi itu nilainya.. OO ye, terlupa pula aku. Mungkin ramai mempunyai akaun Amanah saham , Unit Amanah dan pelbagai lagi instrumen pelaburan.
Sebenarnya, wang-wang yang anda simpan itu, ada yang akan digunakan melabur dalam pasaran Saham di Bursa Malaysia. Jadi bila ada berita teruk mengenai saham jatuh menjunam, janganlah anda ingat tidak memberi kesan kepada anda. Pasti ada sedikit sebanyak terkesan termasuklah KWSP, KWAP, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya.

 

Benarkah pelaburan dalam Bursa Saham ini menguntungkan? Jawapannya TIDAK ….. Eh, kenapa pula tidak sedangkan dengar ramai yang jadi jutawan? Aku menjawab TIDAK sekiranya kita terjun ke bidang ini tanpa ILMU.
Aku memasuki bidang ini TANPA ILMU yang cukup dan merasai sendiri kerugian dan tatkala aku menulis ni pun, kadar kerugian masih melebihi untung. Tapi adakah aku akan GIVE UP? Buat masa ini aku rasa tidak.
Kerugian yang kualami memang lumrah dalam pelaburan saham namun kita boleh meminimakan ia. Sekarang ni aku mula memasuki FASA menetapkan ‘TRADING PLAN’ bagi mengelakkan pelaburan terus kerugian. Sebab itu aku belajar ke dalam kursus pendek dan juga banyak MEMBACA.
Bagi mereka yang baharu, aku sarankan membaca website Majalah Labur dan MaherSaham.com untuk memahami asas belajar SAHAM.

Berbalik kepada tajuk diatas. aku ingin berkongsi apa yang kita perlu ada sebelum masuk ke dunia PASARAN SAHAM ini :-

a) ILMU. Seperti yang aku katakan tadi, ilmu itu penting. Kita tidak boleh terus masuk dan melabur tanpa arah tujuan. Ini berbeza dari Amanah Saham yang telah menjanjikan kita tidak rugi sebaliknya dalam pasaran saham ‘RUGI ADALAH PASTI’. Sebab itu ramai yang tersungkur bilamana modal mereka habis dengan kerugian.
Malahan ada yang berhutang sana sini disebabkan tiada ilmu dalam pasaran saham. Aku kongsi sikit ilmu dalam pasaran saham. Terdapat dua teknik asas pasaran saham sebelum membuat keputusan iaitu ‘Technicial Analysis’ dan ‘Fundamental Analysis’. Kedua-dua teknik ini berbeza namun matlamat utama sama untuk mendapatkan keuntungan.

Dalam mencari keuntungan juga ada dua cara samada melalui ‘jual semula saham ‘ (capital gain) ataupun dividen. Ia terpulang kepada anda untuk memilih apa juga cara tapi yang penting kena ada ilmu.

b) TRADING PLAN. Perancangan untuk anda membuat keputusan salam pelaburan saham. Anda mesti mempunyai matlamat ketika memasuki pelaburan ini. Anda kena bersedia dengan menetapkan berapa anda sanggup rugi, berapa untung anda rasa cukup, berapa lama anda sanggup tunggu dan pelbagai soalan yang anda kena sediakan jawapan.
Ini penting bagi memastikan anda tidak tersasar serta silap membuat keputusan. Aku ada seorang kawan yang cukup bijak dalam ilmu saham tapi TRADING PLAN tak tetap. Bila saham naik, dia tunggu nak naik lagi tinggi. Tiba-tiba jatuh sampai kerugian. Ini akibat tidak menetapkan keuntungan yang patutnya.

c) MODAL. Kalau anda pergi kursus mungkin penceramah akan beritahu bahawa modal serendah RM100 pun boleh nak melabur. Betul dari satu segi tapi pada aku kalau setakat ada RM1,000 mungkin korang patut melabur di instrumen yang lain. Untuk merasai sebenarnya, aku rasa RM5,000 modal yang terbaik. Tapi perlu bersedia juga untuk lebur duit sebanyak itu.
Kenapa aku cakap macamtu? Sebab modal sedikit boleh menyebabkan anda give-up terutama bila saham itu naik dalam kuantiti yang sikit. Dan anda memerlukan ia naik dalam banyak nilai bagi mendapat balik modal. Ditambah pula dengan yuran broker serta caj-caj lain. Ia agak sukar untuk buat untung dengan modal RM100 sahaja.

d) EMOSI. Mana-mana kursus pun mereka akan menceritakan tentang emosi. Anda kena kawal emosi bila melabur dalam saham ni. Bila naik mungkin emosi gembira tapi kena tau tahap mana. Sebab tu TRADING PLAN kena ikut. Aku sendiri kadangkala terganggu dengan emosi. Mengawal emosi adalah penting supaya kita tidak tersasar. Kalau silap kawal mungkin boleh jadi GILA kot.

e) MENTOR. Jangan melabur syok sendiri. Cari mentor dan ikut serba sedikit (jangan tiru semua). Ia bagi mengelakkan kita tersasar. Tapi janganlah mentor tu bagi cadangan saham terus beli. Nasib dia tak baik nanti anda pula yang tersembam. Jadi ILMU dan TRADING PLAN kena ada.

f) Akaun CDS. Ini perkara penting untuk korang membeli saham. Tanpa akaun CDS tiada gunanya cerita pasal saham. Anda boleh buka akaun CDS di bank pelaburan seperti Melaka Securities, RHB Investment Bank dan banyak lagi. Korang boleh google dan cari remisier berdekatan anda.

Okay ini serba sedikit tentang PELABURAN SAHAM. Aku bukanlah pakar dan masih bertatih lagi tapi elok kongsikan supaya korang semua tak terlalu terpengaruh dengan orang yang mengajak MELABUR SAHAM ni. Ia tidak semudah yang disangka. Jadi fikir dahulu sebelum melabur di pasaran SAHAM.

6 Replies to “Apa Perlu Ada Untuk Melabur Dalam Pasaran Saham”

  1. Sudah lama saya tidak masuk pasaran. Akaun CDS pun masih aktif cuma rasanya berbaki kurang RM10 kot. Dulu ingat boleh kawal nafsu, last2 pelajaran yang dapat.

  2. Saham ni budak dip ekonomi ke business ke pun x boleh expert…
    Simpan emas je la…boleh make profit jugak kalau ada ilmu..

  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Selain dari Majalah Labur dan juga Mahersaham, anda boleh dapatkan tips kewangan di blog smartinvest101.

    Harapnya bro zoolzarizi dapat masukkan blog saya dalam senarai utk belajar saham juga. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.