Tak banyak cerita pada minggu lepas yang nak dikongsikan dengan korang semua, pembaca yang amat kuSayangi. Tanpa korang, blog ini pasti tak diteruskan lagi. Tapi dengan singgahan anda semua, Aku teruskan je menulis.
Hari Sabtu lalu, aku dapat juga meneruskan aktiviti larian hari cuti. Larian di kawasan perumahanKu. Jangka mula-mulanya mampu melepasi sasaran 5kilometer tapi lepas sampai rumah dengan catatan yang tertulis di Runkeeper.com jaraknya hanya 3.86kilometer.
Ada lagi 1.14 kilometer untuk mencapai sasaran sebenar. Memang agak mencungap juga larian kali ini apatah lagi sisa-sisa jerebu masih terasa. Harap-harap dengan hujan beberapa hari ini dapat mengurangkan kadar jerebu. Insha Allah, mungkin Sabtu ni aku cuba untuk berlari mengikut laluan yang dijangkakan boleh melepasi angka 5 kilometer.
Diharap sasaran ini dapat dicapai sebelum aku memulakan ujian sebenar 4 Oktober ini nanti di Larian ‘Charity Eco Run 2015’.

Selepas penat dah selesai, aku dan isteri balik kampung. Bukan kampung aku sebab terlalu dekat (5 kilometer je), tapi kampung isteriKu di Kg Nelayan, Kuala Linggi. Pergi ke kampung tidak langsung menjengok ke rumah pusaka isteriku sebaliknya singgah ke rumah sepupu kerana anaknya telah melahirkan seorang bayi perempuan. Comel sungguh bayi berusia beberapa hari tu.
Diberitahu bayi tersebut juga mengalami ‘jaundice’ (kuning). Memandangkan aku berpengalaman menyaksikan anakku yang mengalami masalah ini ku berikan tips dan melihat sendiri di mukanya. Memang ada kuning tapi bagusnya di mata tiada kuning tersebut. Cuma bayi itu tidur sahaja sepanjang lawatan kami. Memang bayi yang mengalami jaundice ini akan kurang aktif dan banyak tidur.
Antara nasihat yang kami berikan adalah mengejutkan bayi itu supaya bangun dan menyusu. Ini kerana untuk menghilangkan kuning tersebut, bayi tersebut perlu kerap buang air besar bagi mengeluarkan kuning tersebut. Ini penting kerana penyakit ini boleh memberi kesan kepada hati bayi tersebut. Jadi perlu kena selalu minum dan buang air besar.

Selepas itu kami singgah ke destinasi penting iaitu ke majlis rumah kahwin di Kuala Sungai Baru. Rumah di lorong berhampiran gerbang Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Agak sedikit malang apabila ada lubang dan kereta tergesek sikit. Nasib baik tak serius kecederaan Viva Maroon isteriku ini. Penat bertambah apabila rupa-rupanya parking jauh sebab rumahnya jauh ke dalam dan sebenarnya boleh je kalau nak masuk.
Menariknya ada 2 pasangan pengantin yang sedang bergambar. Aku nampak banyak budak sekolah yang datang dan mengambil gambar. Aku jangkakan mungkin salah seorang pengantin ini seorang guru di sekolah berdekatan. Apapun semoga berbahagia walaupun aku tak kenal pengantin tu. Ini pun isteriku hanya kenal dengan abang pengantin sahaja. Tapi takpelah, dah dijemput kenalah datangkan. Cuma penat sikit nak mengendong bayiku yang semakin semangat ni.

Baliknya aku singgah ke Pasar Malam Alor Gajah. Pasar Malam Alor Gajah yang terletak di bandar Alor gajah ini diadakan pada hari Sabtu seawal jam 3-4 petang ni.Tak beli apa-apa sangat sebab bayi pun dah mula kepenatan dan merengek. Jadi terus je balik rumah. Malamnya aku tak de daya nak update blog cuma sempat layan game Arsenal melawan Chelsea yang dimenangi oleh pasukan yang tak disukai olehKu. Memang geram je tengok game malam tu tapi kena redha je la.

Esoknya, perjalanan ke Felda Palong 3 menziarahi majlis perkahwinan sepupuku. Kali ini aku membawa kereta Nissan Almera abangku. Memandangkan beliau dah berpesan untuk membawa kereta tu ke Palong maka ku gunakan jua. Secara keseluruhan, pemanduan kereta Nissan Almera ini kurang sedapnya berbanding Toyota Vios adikku. Ada sedikit kesukaran untuk memecut dan pickupnya agak lambat.

nissan-almera
Nissan Almera – Gambar Hiasan

Tapi kira oklah berbanding kereta MyVi ku yang panas berdengkung tu. Apa nak buat, keretaku dah masuk tahun ke 7. Aircond semakin buat hal. Nak betulkan, memang kena ribu tu.
Kenalah tunggu tatkala ada lebihan duit yang banyak. Buat masa ni layan je lah kepanasan kereta tu.. Dengan navigasi yang ada dalam kereta tersebut kami sampai dalam tempoh 1 jam 20 minit. Agak lama melangut, jumpa lah juga beberapa saudara mara termasuk Naib Canselor UniMy, Prof Dr Dato’ Khairuddin Hamid. Tak banyak cakap cuma melayan karenah anak buah dan anak sendiri je. Balik dalam pukul 2.40 dan terus pulang ke rumah. Walaupun penat, namun berbaloi kerana bapa ku dapat berjumpa adik beradiknya. Kalau dulu, dia yang selalu bawa kereta tapi kali ini biarlah aku yang membawanya.

Okay, pulang ke rumah, jengok kejap emel. Dapat emel dari JCI MCE Secretariat untuk mengambil barang-barang bagi hari larian pada 4 Oktober nanti. Alhamdulillah, hari Sabtu atau Ahad kena ambil barang-barang tersebut. Semoga dapat baju yang sesuai sebab aku pilih saiz M. Harapnya kena dengan badan. Nak ambil size ‘L’ takut besar sangat pula. Nak dapatkan yang fit supaya selesa ketika hari larian nanti. Apapun ini permulaan dalam percubaanKu untuk menyertai projek larian. Inshallah, sasaran aku 3 kejohanan larian pada setiap tahun bermula tahun depan.

JCI charity eco run
emel dari JCI Charity Eco Run untuk ambil kit larian pada 26 dan 27 September

Cukuplah sikit cerita merapu dariKu. Terima kasihlah korang sanggup meneruskan pembacaan sehingga ke ayat terakhir. Jangan menyesal pula baca blog ni.

Inshallah, untuk entri akan datang, aku berkongsi idea ‘projek baru ku’.

6 Replies to “Balik kampung Kuala Linggi, Ke Palong 3, Terima Emel untuk ambil baju”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.