Aku bukanlah pelari walaupun kalau korang follow Instagram Aku (Kaki Selfie 78) nampak macam ‘IYE-IYE’ je kaki berlari.
Tapi aku ada buat SASARAN untuk cuba berlari dalam sebarang pertandingan suka-suka. Aku terjumpa satu projek larian suka-suka dari JCI Malacca City Entrepreneur. Dalam larian amal ada beberapa kategori dan aku ambil yang ‘Fun Run’ melibatkan 5 kilometer.

fun-run
Larian Amal Eco yang dianjurkan oleh JCI Malacca City Entrepreneur

Cabaran besar sebab selama ini aku hanya mampu berjogging sekitar 3 kilometer sahaja. Itupun ada masanya terpaksa berjalan. Tapi tak mengapa sebab aku kena CABAR diri untuk sesuatu. Kalau sekadar jogging setiap hujung minggu dan tak konsisten tak berapa ngam.
Sesekali kena tetapkan matlamat dalam bidang yang diceburi.

Dekat pejabat pula masalah Unifi melanda. Boss yang memang pakai line Unifi sering mengkomplen kat Aku. Memang ada masalah sebab signal Unifi melalui router yang dibekalkan agak kurang baik. Aku guna apps ‘ Wifi Signal Strength’ dan memang masalah signal tak sampai itu ketara.
Kadangkala agak pelik sebab bilik boss dekat je dengan router wifi tu. Penat juga aku mengodek-godek sistem tu tapi memang tak stabil. Adakalanya dapat juga cecah 9MBps tapi kadangkala nak sampai 1MBps pun payah juga. Boss memang hangin dan katanya suruh tukar telco lain tapi lecehlah pula. Dah le ada kontrak lagi tu.

Selain itu aku juga diarahkan mencari ‘FREELANCE’ untuk membangunkan sistem Aset Jabatan. Memang nak cari syarikat harga memang melambung dan alternatif boss suruh cari Freelance. Ada kebaikan dan keburukan freelance ni tapi malas pulak aku nak cerita kat sini. Mungkin akan datang kot.
Memang ada kawan-kawan kat facebook yang pakar tapi tak ramai yang berpengalaman berurusan dengan jabatan kerajaan. Memang payah sikit sebab banyak prosedur remeh nak buat nanti. Harap-harap dapatlah ketemu freelance berkaliber yang boleh bangunkan sistem ‘Aset’ ni.

Pagi tadi ada Mesyuarat Bersama Jabatan bagi pejabat dan Aku kena juga. Pasal hal photostat sebab ada yang kertas LetterHead dimasukkan dan orang lain yang print. Pening juga nak memikirkannya tapi ada idea untuk diberikan pada boss. Tu pun kalau diterima lah kan.

Kadang-kadang aku rasa penat juga kerja kat pejabat ni. Melayan karenah kakitangan yang manja dan nak macam-macam. Bila cerita teknologi semua nak mengharapkan 100 peratus dari orang IT. Dah le aku sorang je. Mana lagi nak kejar teknologi yang sentiasa berubah tu.
Terfikir juga kalau ada kekuatan nak aja kerja bela kambing ke. Lagi tenang dan sihatkan. Tapi entah bila agaknya kekuatan itu akan datang bagi mengubah kerjaya ini. Idea boleh cari dalam ebook bisnes kambing tu. Kawan bisnes kambing pun ada. Cuma tak BERANI je…. Mungkin belum bersedia keluar dari Kepompong nu.

3 Replies to “Daftar Larian Suka-suka ‘Charity Eco Run 2015’ , Unifi teruk di opis, cari freelance bangunkan sistem Aset”

  1. keluar dari kepompong. nice. PG pun rasa macam something je bila duduk lelama dekat pejabat. bukannya tak bersyukur. sebab selama 11 tahun kerja, tempat ni lah sumber pendapatan utama. tapi. bila terfikir balik, sampai bila? tengok kengkawan lain lagi maju dari diri sendiri. hurm. cuma tak berani kot as abam zoolzarizi kata. T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.