Uncategorized

Belajar SEO Guna Plugin Yoast

Minggu ni aku agak Tertekan dengan isu kerja tapi ku cuba juga untuk update blog, youtube supaya tidak berhenti.
Impian aku untuk membina brand melalui youtube, blog perlu dikejar juga. Ye lah dah lebih dari 10 tahun aku blogging dan pencapaian masih ditakuk lama. Jadi sesuatu perlu dilakukan bagi aku mencapai impian tu.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku mula belajar guna plugin Yoast pada minggu lepas. Itupun lepas boss Melakacool mengajar aku tentang SEO.
Dia pakai rankmath tapi blog aku tak lepas pula install rankmath.

APAKAH ITU PLUGIN Yoast ?

Korang tau apakah plugin Yoast ni? Ianya merupakan plugin yang boleh membantu kita meningkatkan SEO kita.
Jadi aku guna je Yoast ni. Adakah ianya berkesan? Inshallah aku akan tengok statistik pada bulan depan. Untuk kali ini aku kongsi statistik sedia ada sebelum guna.

Plugin YOAST

Untuk bulan Januari statistik adalah seperti berikut :-

Users 866
Sessions 939
Bounce Rate 91.48%
Session Duration 0m 28s

Kalau ikutkan aku baru je mencuba Yoast ni pada 17 Februari 2021. Jadi aku harapkan Users pada Februari boleh capai 900. Inshallah .. Tengok camne ye..
Lagipun baru je 3 artikel yang aku optimize guna Yoast ni.
Korang pula camne?

Korang boleh tengok berkenaan Yoast Plugin di https://yoast.com/

Sambil tu korang yang ada paypal tu bolehlah belanja aku kopi secawan..
Boleh klik link bawah ni

https://www.buymeacoffee.com/zoolzarizi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.