Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Minggu ini ada sedikit pembelian yang mahal untuk ku tuliskan dalam blog ini.
Selepas berjasa hampir 6 tahun, nampaknya aku perlu menukar mesin basuh. Mesin basuh Toshiba ni aku tukar selepas berbincang dengan isteri samada nak pasang aircond atau tukar mesin basuh.
Ye lah, mesin basuh lama tu dah mula buat hal dimana air melimpah-limpah kat luar. Aku dah cuba cari punca tapi tak tau. Jadi bagi mengelakkan masalah kemudian hari maka menukar Mesin Basuh adalah salah satu caranya.

Pergi ke kedai elektrik di Jasin dan tokei tu promote Panasonic. Oklah, dia bagilah ulasan panjang lebar tentang bagusnya produk. Aku dengar juga tapi yang penting sebenarnya ‘after sales service’. Aku harap kedai ni ada lagi lepas 6 tahun.
Bukan apa, mesin basuh lama tu aku beli kat kedai yang dah takde lagi kat Jasin. Boleh je nak hantar kat kedai biasa tapi yang lemah kedai tu hilang lepas 1 tahun. Jadi aku pilih kedai ni pun sebab dah nampak lama juga kedai ni beroperasi.
Mesin basuh ni aku ambil kapasiti 8kg. Tokei tu sibuk promo yang 9 kg dengan tambahan RM150. Tapi rasa tak perlu nak tambah kot sebab kitorang tiga orang je buat masa ni. Yang penting bila tokei cakap boleh masukkan toto. Jadi senang lah sikit .
Tak payah pergi kat kedai layan diri kat Selandar tu.Senang sikit la kalau ada basah.. Harganya adalah RM1290 lepas tolak trade in mesin basuh lama tu. Kira oklah tu. Aku tak pasti samada harga ditawarkan tu berbaloi sebab aku tak survey pun kat internet.
CUma oklah, aku dah cuba nak elakkan Toshiba yang dengarnya muflis tu. Ada ketakutan la di situ. Selain tu, tokei pun ada promo pasal Aircond. Dia cakap aircond yang bagus adalah Acson manakala Daikin adalah teruk dari segi after sales service
Aku ye kan je la… Malas pula nak tanya lebih lanjut kan. Pelik pula dia tak sebut Midea.. Alhamdulillah petang tu juga mesin basuh tu tiba di rumah dan isteriku telah melakukan 2 cucian untuk dua hari ni. Aku tak harap mesin basuh ni boleh beroperasi sampai 10 tahun. Cukuplah kalau dalam 5 tahun akan datang.
Yang penting kena jaga bila nak basuh. Jangan lupa kena tengok poket seluar atau baju. Pastikan tiada duit syiling sebab itu salah satu punca mesin basuh rosak.. Hehehehe..Walaupun begitu aku tetap mengucapkan terima kasih kepada mesin basuh Toshiba tu yang banyak berjasa untuk memastikan bajuku bersih. Kalau takde tu, payah le nak membasuh. Takkan asyik nak gi dobi je kan..

Okay, tajuk kedua pula pasal gigi semakin berkurang. Nampaknya fasa tua semakin menghampiriku. Gigi depanku dah mula berkurang. Apa nak buat , inilah nasib bila tak jaga gigi dari muda. Dah usia 40-an makin rapuh je gigi ni.
Aku mungkin tengah berkira-kira nak buat gigi palsu selepas klinik gigi dah boleh menerima pesakit. Setahu aku, sekarang ni masih belum lagi. Mungkin sedikit masa lagi. Ye lah, agak sukar bagiku nak menjadi Youtuber bercakap bila takde gigi ni.
Nanti jadi bahan je kan. Korang ada pengalaman tak buat gigi? Ada budak opis buat gigi tapi dia ratakan semua sekali. Rasa ngeri pula camtu.. Huhuhuhu

Sambil tu aku nak minta korang view IGTV ni.. Anak buah sedih video dia tak ramai viewer https://www.instagram.com/p/CBKP5Q8jafN/?igshid=1kj5uflwewtve&fbclid=IwAR1PTJ5U4-Wy3m_YKHDKJoCV-0cvhBJj0cS7eyq19EZ9xaIMdiECunhRj0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.