Semalam cuti Melaka Bandaraya Bersejarah dimana aku juga menumpang cuti tatkala penduduk luar Melaka berhempas pulas bekerja. Mula-mula aku ingat nak berjalan-jalan ke AEON Melaka tetapi tiba-tiba terasa tak selesa dengan keadaan gigiku. Dalam usia melepasi angka 40 banyak anggota badanku yang mula member signal bahawa perkhidmatan yang diberikan telah hampir luput. Ini termasuklah gigiku yang semakin banyak yang hilang. Samada di cabut ataupun telah reput semulajadi. Pada hari tersebut gigi bawahku yang memang telah besar lubangnya memberikan petanda sakit. Aku tidak selesa pada hari cuti tersebut dan tidak dapat menyelesaikan isu Olike Neo ku. Pada hari Isnin tu aku berbuat banyak perkara untuk mengurangkan kesakitan tu. Aku kumur dengan air garam lepas tu letak kapas kat lubang namun ianya hanya seketika sahaja.

Lokasi Gigi Berlubang

Apabila hari Selasa aku terasa macam bengkak di gusi maka itu petanda aku perlu mencabut gigi tersebut. Aku pergi ke Klinik Gigi Jasin dimana kali terakhir aku ke sana mungkin  5 tahun  yang lalu. Ketika itu juga aku pergi untuk mencabut gigi. Sakit gigi memang antara sakit yang ditakuti oleh ramai orang termasuklah aku. Ia bukan sahaja menyakitkan bahagian gigi tapi boleh sampai ke peringkat otak kalau tak ditangani segera.

Masa daftar tu jururawat tanya pernah datang ke tak. Jadi aku jawab pernah datang. Selang beberapa minit jururawat tanya tahun bila datang ye? OOO aku bantai je 2 tahun lepas sebab memang tak ingat. Kat sini aku pelik dengan sistem Klinik Pergigian Jasin ni. Takkan dia susun fail ikut tahun kot. Kalau ikut abjad dah pasti senang nak cari nama aku. Ye la, bukan ramai orang ada nama Zool ni lagi-lagilah kat Jasin , memang boleh kira dengan jari tangan kot.

Selepas buku aku diterima aku menerima no giliran iaitu nombor 3. Dan kurang beberapa minit selepas itu nombor ku dipanggil. Masuk je aku dilayan oleh doktor wanita berbangsa Cina. Kalau ikutkan dari fizikal rasanya mungkin dalam usia 20-an kot (muka tak nampak penuh sebab pakai topeng penutup mulut). Masuk ditanya untuk buat apa dan aku menunjuk gigiku yang separuh hayat tu. Mula-mula aku tanya boleh ke tampal, terus doktor tu kata tak boleh sebab dah tinggal akar je ni. Hehhehe. Secara jujur aku pun rasa memang kena cabut je tapi tetap usaha juga kalau ada alternatif lain cuba juga. Bila doktor cakap kena cabut terus aku minta MC . Ye lah, kalau setakat tampal mungkin mampu lagi buat kerja tapi kalau cabut memang tak sanggup le pergi kerja.

Mula-mula doktor tu tanya aku dah makan ke belum. Ye, aku belum makan langsung pagi tu sebab takut kalau makan nanti effect pula. Tapi selepas bertanya aku menandatangani satu borang. Heheheh. Jangan ada apa-apa sudahle. Dan sign tu memang sendiri kena tanggung tu. Lepas sign je, aku diberi bius di dalam mulut. Pergh pedih juga masa kena bius tu. Dalam kira-kira 5 minit aku pun kembali semula ke bilik rawatan tu. Memang tiada kesakitan ketika proses mencabut gigi tu. Kalau dulu-dulu aku ingat ada kena pakai mesin yang berputar tu tapi kali ini tiada. Nampak tiada peralatan mesin dikenakan padaku. Lebih kurang dalam 2-3 minit proses mencabut gigi tu. Alhamdulillah cukup selesa dan tiada kesakitan seperti dulu. Kalau dulu teringat lagi rasa nak tending je doktor masa proses mencabut gigi tapi yang ni nampak mudah.

Aku diberikan kapas untuk menghentikan pendarahan. Memandangkan aku dah dapat MC aku pun pulang ke rumah makku. Kapas dah penuh darah dan air liur. Aku pun tengok kat ubat yang diberi. Ubat paracetamol dan juga 2 kapas tambahan. Aku tengok darah masih ada walaupun kapas yang diberi telah habis. Aku pun meminta adikku membeli kapas dari 7 Eleven. Hampir setengah kapas dipakai tapiĀ  masih ada lagi darah. Memang cabaran lain macam kali ni. Dah hampir petang, bius mula berkurangan dan rasa sakit mula terasa. Huhuhuhu. Macam perasaan ketika sakit tonsil tahun lepas tu.

Separuh kapas telah digunakan

Aku membaca beberapa peraturan yang dikepilkan dengan ubat. Tak boleh terlalu kerap berkumur, tak boleh menganggu tempat gigi yang dicabut itu samada dengan jari ataupun lidah, tidak boleh buat kerja berat/senaman, kena makan makanan lembut , kumur dengan air garam selepas 24 jam .

Panduan Selepas cabut Gigi

Ini bukanlah pengalaman pertama Cuma rasanya kesakitannya agak lama berbanding sebelum ini. Mungkin disebabkan faktor usia menyebabkan sel-sel kesakitan lebih cepat terasa berbanding 5 tahun sebelum ini.

Okay itu cerita aku pasal cabut gigi. Mungkin korang yang terbaca artikel ini mempunyai pengalaman berbeza. Kepada korang semua yang masih muda, jagalah gigi di usia muda kerana apabila sudah berusia agak sukar untuk memastikan kesemua gigi mampu berdiri utuh di gusi anda.

One Reply to “Cabut Gigi Di Klinik Gigi Jasin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.