Minggu yang bermacam hal berlaku sehingga tertangguh seketika menaip di blog ini. Tapi inilah lumarah kehidupan yang perlu dihadapi. Pasti ada kisah hidup yang akan menjadi PETAK dalam memori kita.
Lainlah kalau hidup statik sahaja, memang tidak menyeronokkan. Jadi teruskan hidup dalam keadaan SUKA dan DUKA. Ia akan mengajar kita untuk memperbaiki setiap detik yang dilalui.

Mula-mula, minggu ini masalah peralatan di rumah bermula. Peti Ais jenama TOSHIBA yang dibeli 2 tahun yang lebih mengalami masalah. Masalah ini dikesan bila isteri memasukkan aiskrim dan tetiba ianya cair. Bila tengok susu yang dikumpulkan di bahagian freeze tu pun macam cair, maka memang ada sesuatu yang terjadi.
Walaupun takde bahan memasak di atas tu tapi susu badan yang disimpan amat penting untuk kegunaan anakku ini. Tercari-cari mereka yang pakar tapi agak malang masih tak berjumpa apatah lagi ia terjadi ketika hari Raya Aidiladha semakin hampir. Memang terpaksa menunggu lepas hari raya dan diharap ianya dapat diselesaikan.
Susah juga bila peti ais tak berfungsi dengan sebaiknya. Ada juga baca beberapa info di internet mengenai peti ais tak sejuk beku tapi tak berani nak memandai. Dah cuba tutup selama 2 jam dan buka semula tapi tetap tidak menjadi seperti yang diharapkan. Air yang diletakkan di atas tidak menjadi ais. Tetiba terfikir idea, kalaulah boleh ada website atau app yang memberi info pakar-pakar yang tinggal berdekatan.
Entahlah, tak jumpa pula website atau app yang sebegini. Mungkin korang ada jumpa dan boleh kongsikan disini.

Minggu ini juga aku ada mengajar budak opis mengenai fungsi Panorama dalam kamera handphone. Bagi korang yang nak melihat gambar menyeluruh di kawasan, bolehlah menggunakan fungsi tersebut. Kebiasannya handphone terkini ada fungsi tu untuk kegunaan anda. Tak payah nak install app bagai.
OO ye, minggu ni juga GENG opis ada ambil gambar rasmi. Nampak bergaya sikit berbanding ambil gambar biasa. Korang tengoklah gambar ni.. Amacam hensem tak aku?

Aku dan kakitangan unit IT. Bergaya mesti ada..
Aku dan kakitangan unit IT. Bergaya mesti ada..

Bercerita tentang Hari Raya Aidiladha pula, tahun ini perancangan nak balik kampung Kuala Linggi tergendala. Anak kesayanganku mengalami masalah pernafasan. Ianya berbunyi dan aku terus menghantar ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin pada malam Jumaat. Mula-mulanya ingatkan nak tunggu esok dan hantar ke Hospital Swasta (guna insuran Takaful Malaysia) tapi kerisauan menyebabkan aku cepat menghantar ke Hospital Jasin.
Lagipun Hospital Jasin dekat je berbanding hospital swasta yang mengambil masa 30 minit sedangkan hospital Jasin hanya 2-3 minit dari rumah.Risau juga sebab dadanya berombak.
Sampai di hospital, anakku terus diberikan nap untuk mengurangkan lendir sebab budak kecil tak reti untuk membuangnya. Memang melalak jugalah dia ketika diserkup peralatan itu.

fatih
Anakku yang terpaksa memakai nap ini 4 jam sekali dan selepas sehari 6 jam sekali.

Selepas hampir beberapa jam, keputusan untuk menahan beliau di Wad kanak-kanak di Hospital Jasin. Memang rasanya elok ditahan supaya doktor boleh membuat kesimpulan dengan lebih tepat.
Oo ye, selain itu bapaku juga dimasukkan hospital pada pagi Khamis sebab demam dan keadaan jantung yang tidak stabil.

Di Wad Kanak-kanak Hospital Jasin, keadaan agak lengang tanpa ramai pesakit. Di lokasi anakku, hanya 3 pesakit dengan 6 katil yang memang luas. Isteriku mengambil tugas untuk menjaganya. Memang penatlah dia melayan apatah lagi anakku sebenarnya masih aktif lagi.
Jangkaan untuk keluar wad sebelum raya bagi anak dan bapaku meleset. Kedua-duanya terpaksa berada di wad pada hari Raya Aidiladha. Memang terasa lah lain sikit. Aku memang terasa keletihan dan tak dapat join budak-budak kampung membakar lemang dan melihat korban pada tahun ini.

Gambar Beraya di Hospital Jasin pada Hari Raya AIdiladha
Gambar Beraya di Hospital Jasin pada Hari Raya AIdiladha

Anakku berjaya keluar pada tengahari raya namun bapaku masih ditahan wad. Raya tahun ini memang berbeza berbanding tahun lalu. Selain itu, jiran kampung makku, Imam Idris kembali ke rahmatullah dan mungkin aku akan menziarahi pada waktu kebumi pagi nanti. Inshallah.

Okay, cukuplah setakat ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA . Semoga kita mendapat berkat dari AIdiladha tahun ini.

6 Replies to “Beraya di Hospital Jasin, Peti Ais Bermasalah”

  1. Semoga cepat sembuh. Takpelah pengalaman tu berhariraya di hospital.
    Anak sulung Mrs. A pun masuk hospital hari Khamis petang operate akibat bisul mujur juga anak dapat discharge hari Sabtu takdelah beraya di hospital.

Leave a Reply to Raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.