Pada hari Selasa lepas kesihatan bapaku agak teruk. Beliau hilang ingatan dan telah lupa banyak perkara. Malahan abang no dua yang tinggal bersama juga tak dikenali.
Malahan memorinya tiba-tiba berada di hospital. Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan selepas mendapat panggilan dari adikku. Setelah melihat keadaan yang tidak normal itu kami mengambil keputusan untuk menelefon hospital Jasin.
Ambulan tiba dan bapaku dimasukkan ke wad kecemasan. Dari pukul 12.00, pukul 4.00 petang barulah bapaku dimasukkan di Wad Jasin. Selepas diberitau tentang keadaan asalnya, agak mengejutkan. Bapaku mengalami kurang gula dalam darah atau Hypoglycemia( rujuk sini untuk mengetahui mengenai Hypoglycemia).
Bayangkan dalam usianya yang telah mencecah 73 tahun namun kandungan gulanya ketika dimasukkan wad hanya 0.9+. Satu angka yang terlalu rendah berbanding angka kebiasaan dalam sekitar 7.0.
Ia mungkin berpunca dari kurangnya makan, ubat-ubatan serta usia beliau. Ia memberi kesan kepada ingatan beliau. Alhamdulillah selepas rawatan, gula dalam badan telah meningkat tapi masih di bawah 7.0.
Alhamdulillah setakat ini rawatan yang dilakukan oleh Hospital Jasin menampakkan hasil dan bapa masih dirawat di sana sehingga kini.
OOo ye, dalam masa yang sama anakku juga dimasukkan wad Jasin. Ini disebabkan oleh batuknya yang agak kuat. Jadi aku pergilah ke Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Jasin. Mula-mula ingatkan sekadar rawatan biasa tapi kena juga masuk wad.
Agak mencabar sikitlah sebab kena membahagikan dua masa kepada bapa dan anak. Macam kes Raya Haji Tahun lepas dimana keadaan ini berlaku.
Takpelah. Inilah kehidupan yang perlu dilalui sebenarnya. Perlu mempunyai kekuatan dan kepantasan membuat keputusan dalam hidup ni,
Selain dari itu, minggu lepas juga diadakan Ekspo Rumah Mampu Milik bagi tahun 2017 oleh pejabatku. Untuk tahun ini Majlis diadakan di Mydin, MITC seperti yang dua tahun lepas.
Alhamdulillah kali ini kerja ku tak berat sangat. Lebih kepada memantau sahaja kerja yang telah dilakukan oleh Event Management. Majlis Perasmian juga telah selamat dilakukan oleh Timbalan EXCO Perumahan yang juga mantan bossku, YB Datuk Sazali bin Muhd Din. Sempat bersalaman dan dia tanya aku dah ada berapa orang anak.
Okay cukuplah setakat ini. Memandangkan keadaan kesihatan bapaku, tak dapat aku nak berjumpa rakan sepengajian universiti di acara Larian Ultra di Klebang. Agak sedih juga tapi tanggungjawab kena diutamakan dulu.
semoga bapak-bakap kita sentiasa sihat noo..