Alhamdulillah tinggal kurang dari seminggu sebelum kita menyambut Hari Raya Eidulfitri 1438 H. Semoga kita berjaya menyelesaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan jayanya dan mampu meraikan hari kemenangan di bulan Syawal nanti.
Sudah buat persediaan untuk sambutan Hari Raya nanti? Mungkin ramai yang telah mula menghias rumah dengan pelbagai hiasan yang sering dilakukan ketika Hari Raya.
Memang sibuklah dalam seminggu ni kan. Tapi jangan lupa pula pergi terawih ye. Rugi kalau tinggal 10 malam terawih tu..
Minggu ni pun aku ada sedikit sibuk. Ku mulakan dengan bumper kereta Myvi SilverRay ku ini. Beberapa bulan lalu aku terlanggar tembok rumahku. Agak lalai pada masa tu sampai kemik bumperku ini. Memang pening juga lah bila tengok keadaan tersebut.
Mula-mula kononnya nak menjimatkan duit jadi ikut arahan kawan-kawan supaya mencurahkan air panas.Aku cuba buat cam yang dibuat kat Youtube ni tapi tak jadi-jadi juga. Jadi carilah bengkel untuk membaiki kemik kereta dan ada kawan recommendkan.
Harga RM150 termasuk cat bumper warna Silver. Aku tak tau samada murah atau mahal tapi aku hadapkan juga. Alhamdulillah kemik kereta tu dah berjaya diselesaikan dengan jaya. Lepas ni nak kena standby duit untuk aircond kereta pula. Walaupun kereta Myvi ku ini memang banyak ragam tapi masih ku sayang padanya.
Harap-harap tahun ni dapat setelkan hutangnya dari bank Hong Leong dan lepas ni nak touch up serba sedikit. AMIN..
Hujung minggu ni juga aku ambil sedikit masa untuk mengemas rumah. Selain itu ada sedikit pembaikan pada rumah iaitu pemasangan rolling untuk langsir, pemasangan bidai dan Cisten untuk tandas dimana sebelum ini ia rosak dan tak boleh flush.
Penat juga aku nak ngadap pembaikan tersebut dan alhamdulillah kira-kira 2 jam proses selesai. Nampak selesa lepas ni kalau ada orang datang singgah rumah. Takdelah nak kena simbah mangkuk tandas guna baldi je. Cuma kain langsir nak kena beli sebab tak terbeli lagi.
Tengok kat Mydin harga boleh tahan mahal juga. Tapi takpe nak kena survey dulu sebelum beli. Tak nak silap macam yang berlaku kat bidai dapur tingkap. Aku nak cepat pasang dengan bidai 3′ x 5′ sekali tak cukup sebab lebar tingkap kira-kira 4′. Ada space yang agak besar juga di bahagian tepi tingkap tu.
Bidai tu pun agak sukar juga nak guna. Tapi takpe, pakai apa yang ada dulu. Jangan membazir apa yang dibeli tu. Kena kreatif camne nak selesaikan masalah kan.
Rasa mau turun beberapa kilogram juga duduk rumah hari Sabtu dan Ahad ni.
Selain itu, beli kuih raya memang satu perkara yang aku lakukan sebelum sampai hari Raya. Dan lokasi yang sering ku pergi adalah di Serkam. Hamidah Food Industries adalah lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama di musim perayaan. Memang banyak kuih muih samada tradisional ataupun moden yang terjual di situ.
Kopak lah sikit raya tapi takpe sesekali. Lagipun banyak aku belikan untuk persediaan rumah mak. Kalau rumah aku tak banyak sangat beli kuih. Tak ramai yang datang pun.
Apapun persediaan Hari Raya memang amat memenatkan tapi jangan dilupa pula pada ibadah yang diperlukan di bulan Ramadhan ini nanti kan. Okay, cukuplah artikel mingguan aku. Harap-harap ramai yang membacanya.
Oo ye, berat badan aku dah sampai 64 kg beberapa hari ni. Agak-agak boleh ke capai 60kg hari raya nanti? Huhuhuhu
Maaf encik, nak tumpang tanya, encik ketuk dan cat di bengkel mana ye
alamak.. saya di melaka…