Hiasan Rumah Yang Sering Dilakukan Ketika Hari Raya

Hari  Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Memang ramai yang telah mula mempersiapkan rumah kerana ia akan dikunjungi oleh ramai saudara mara serta rakan-rakan.
Ada yang Mengecat Rumah dan ada juga yang telah mula mengunjungi kedai perabot untuk menukar perabot baru.

Selain itu, terdapat banyak hiasan dilakukan di rumah-rumah. Kadangkala ada yang melebih-lebih pula dan tidak perlu sepatutnya. Kalau kita lihat antara hiasan yang sering terdapat pada rumah ketika musim Hari Raya ialah :-

1)  Lampu Lip lap
– Mungkin ketika malam-malam akhir Ramadhan anda akan melihat rumah-rumah dihiasai lampu lip lap. Siap dengan bunyi bunyian. Ianya ingin menceriakan suasana tapi adakah perlu? Pendapat saya, ianya tidaklah menjadi keperluan sangat kerana bukan sahaja akan membazir elektrik malahan ianya akan menjadi simpanan dalam stor untuk setahun lagi.

Itupun kalau lampu lip lap itu masih boleh digunakan lagi. Pada pendapat saya, lebih baik memastikan lampu asas anda terang. Ini bagi mengelakkan anasir jahat nampak peluang untuk memasuki rumah anda terutama di musim perayaan ini. Memang banyak berlaku kes pecah rumah ni.

2)  Pasang lilin disekeliling rumah
– Tidaklah menjadi masalah kalau memasang sedikit untuk menceriakan rumah tapi kalau pasang berpuluh-puluh pelita pastinya membazir. Bukan sahaja membazir risiko kebakaran juga tinggi kalau ada berlaku perkara yang tidak diingini.

3) Memasang kad raya
– Ini merupakan hiasan yang semakin dilupakan. Almaklumlah sekarang ni tradisi menghantar kad raya sudah dilupakan. Kalau anda mempunyai kad raya, bolehlah gantungkan tapi biar berpada dan jangan melampau. Mungkin ada yang kagum melihat kad raya anda yang banyak digantung tapi nanti lepas raya penat pula nak cabutnya.

Cool juga gantung kad raya camni kan. Sumber Gambar :- PrincessKecik

4) Meletak bunga hiasan di ruang tamu
– Pada waktu hari raya, akan ramai tetamu datang ke ruang tamu. Tak perlu nak memenuhkan dengan barang-barang yang tidak perlu. Nanti sukar untuk tetamu bergerak di kawasan tersebut. Anda juga akan penat untuk mengemas selepas tetamu pulang.

| MENCARI IDEA UNTUK MENGHIAS RUMAH ? KLIK SINI |

5) Gambar-gambar tergantung
– Terlalu banyak gambar tergantung tidaklah baik. Cukup 2-3 gambar sahaja. Selebihnya letak pada album anda. Lebih baik kalau anda letakkan album gambar di ruang tamu bagi tetamu melihatnya.

6) Terlalu banyak mewarna

– Kadangkala ramai dari kita yang ingin menjadikan rumah ceria hingga terlalu colourful. Bila terlalu banyak warna, anda akan membazirkan cat tersebut. Ia juga berkaitan dengan pembaziran wang ringgit. Elok kiranya anda mengambil warna asas untuk di kontraskan dengan warna yang terang. Ia lebih memadai.

Okay, ini serba sedikit pendapat dari saya. Mungkin ada yang boleh dipakai dan mungkin ada yang tidak. Bagaimana pula dengan anda? Apa hiasan yang anda sediakan pada hari raya ni? Kalau anda masih tidak mempunyai idea, cuba dapatkan panduan dekorasi ni. Pasti banyak idea mudah dan murah yang boleh digunakan bagi mencantikkan rumah anda ketika berhari raya nanti.

 

| MENCARI IDEA UNTUK MENGHIAS RUMAH ? KLIK SINI |

7 thoughts on “Hiasan Rumah Yang Sering Dilakukan Ketika Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *