Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Agak lama tidak menulis di sini. Mungkin ada yang telah mengetahui bahawa aku telahpun dilantik sebagai Setiausaha taman.
Untuk hari ni aku akan kongsi serba sedikit tentang cara nak mendaftar persatuan penduduk taman. Mula-mula aku kongsikan hal-hal teknikal dahulu
Daftar Pertubuhan Persatuan Penduduk Taman di Jabatan Pertubuhan Pendaftaran
Daftar di Jabatan Pertubuhan Pendaftaran, anda boleh melayari laman web http://www.ros.gov.my/ untuk melihat cawangan berhampiran.
Anda juga boleh mendaftar di laman web https://www.eroses.gov.my/ . Untuk makluman, hanya Setiausaha Persatuan yang layak untuk mendaftar.
Mula-mula anda perlu mendaftar dulu menggunakan no ic . Aktifkan akauan anda melalui arahan yang dihantar ke dalam akaun emel anda.
Selepas itu anda perlu mendaftar maklumat-maklumat berikut :-
1) Maklumat Pertubuhan
Nama Pertubuhan
Negeri pertubuhan
Taraf Pertubuhan
Kategori Pertubuhan
Sub- Kategori Pertubuhan
Pertubuhan Bercawangan
2) Perlembagaan
Bagi yang mempunyai kemampuan untuk membuat perlembagaan sendiri anda boleh membuat sendiri. Tapi kami tiada kepakaran dan mengikut sahaja template Perlembagaan yang disediakan oleh JPPM.
3) Ahli Jawatankuasa
Anda dikehendaki memasukkan sekurang-kurangnya 7 Ahli Jawatankuasa. AJK penting iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari perlu diisi dengan baik.
Yang ini seeloknya anda dah dapat nama dari mula sekali. Dalam kes aku, ada masalah sikit dengan komitmen Bendahari dan sedang cuba untuk menukar kepada orang baharu.
Selepas mendaftar anda akan dikenakan bayaran. Macam aku, buat terus kat Pejabat Pendaftaran Pertubuhan cawangan Melaka. Lebih mudah dan boleh mengelakkan kesilapan.
Lepas tu tunggu emel yang akan dihantar oleh pihak ROS. Aku hanya menunggu dalam 2 hari sebelum kelulusan diberikan.
Pergi semula ke Pejabat ROS dan ambil dokumen-dokumen yang diperlukan. Kena bayar la juga untuk dapat dokumen tu. Maaf le aku tak nyatakan berapa nilai yang dikenakan sebab dah lupa. Elok korang terus rujuk kat pejabat ROS.
Lagipun harga boleh berubah dari semasa ke semasa
Okay, atas tu aku cerita tentang hal-hal teknikal untuk mendaftar dan persatuan penduduk pun berada secara rasmi. Saja je aku mulakan dengan hal teknikal sebab mungkin ramai yang nak tahu pasal tu.
Untuk perkara kedua aku nak kongsi tentang isu untuk memulakan persatuan penduduk.
1) Mengumpulkan Ahli
Perkara ini paling penting sebelum anda memulakan pendaftaran persatuan. Tanpa ahli, anda hanya akan membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan persatuan penduduk.
Kumpulkan dulu penduduk taman dan lihat komitmen masing-masing. Aku rasa kalau dapat kumpul 50 orang penduduk dalam satu majlis pun sudah agak memadai untuk membuat satu persatuan penduduk. Tapi kalau taman anda kurang dari 50 penduduk, eloklah batalkan niat anda.
Ahli ini akan pelbagai ragam dan ramai akan lebih banyak memberikan komplen dari bertanggungjawab. Dalam kes taman aku, kami menyediakan borang banci untuk melihat sendiri secara kasar kesediaan penduduk untuk menjadi ahli. Alhamdulillah dapat lebih kurang 80 penduduk yang bersetuju menyertai ahli.
Tapi ini belum tentu sebab lepas ni dikenakan bayaran, mungkin bertambah atau berkurang tu tak pasti lagi.
2) Mencari Ahli Jawatankuasa
Ini memang perkara yang berat. Dalam zaman individualistik ni, sukar untuk orang memikul tanggungjawab dalam berpersatuan di taman ini. Siapa yang nak dilantik jadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari? Ini adalah ‘core’ dalam menubuhkan persatuan. Disamping itu anda perlu juga mendapatkan beberapa orang lain untuk memastikan persatuan boleh diwujudkan.
Bukan sekadar nama, anda perlu ada AJK yang sanggup berkorban dari segi tenaga, masa dan wang ringgit. Bukan semata-mata air liur sahaja. Bagi permulaan persatuan, AJK Penaja adalah namanya. Anda belum lagi jadi AJK yang sah dilantik tetapi anda telah boleh menjalankan tugas-tugas sebenarnya sebelum Mesyuarat Agong akan datang.
AJK perlulah mempunyai kesepakatan antara satu sama lain. AJK yang tidak bersatu sukar untuk membangunkan aktiviti kemasyarakatan di taman.
Selain itu AJK juga perlu mempunyai kemampuan antara satu sama lain. Jawatan seperti Setiausaha dan Bendahari perlu diberikan kepada mereka yang berkemahiran dalam bidang berkaitan. Berbeza dengan Pengerusi yang lebih kepada kemampuan untuk membuat keputusan, kedua-dua jawatan ini memerlukan kemahiran dari segi dokumentasi dan kewangan.
Kesilapan pemilihan AJK tertinggi ini boleh mengucar kacirkan persatuan./
3) Mesyuarat
Anda perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perihal penubuhan Persatuan ini. Setiausaha adalah individu yang paling penat dalam memastikan Persatuan dapat diwujudkan. Menulis minit mesyuarat adalah kemahiran yang diperlukan bagi memastikan segala keputusan dapat dijadikan bukti untuk menubuhkan persatuan.
Setiausaha juga perlu mempunyai skill untuk menaip di komputer bagi membuat minit yang boleh menjadi rujukan AJK.
Okay, itu serba sedikit cara-cara untuk mendaftar persatuan. Mungkin dari semasa ke semasa aku akan kongsikan serba sedikit pengalaman aku dalam menjayakan Persatuan Taman ini. AMIN
bagusla tuan..
ada kemajuan dan sumbangan kepada masyarakat
ada la sikit
assalamualaikum tuan skrg masih lagi dlm persatuan ke? nak minta ilmu sikit utk nak tubuh pertubuhan persatuan ni…
masih.. sikit2 boleh la saya bantu
kalau apartment boleh ke nak tubuhkan persatuan
boleh je
asalamualaikum,boleh ke kalau penduduk hanya 30 orang sahaja ,tapi semua sepakat nak Buat Persatuan Penduduk Ni
boleh.. minima ahli 7 orang je…
Lama tak nak dapat kelulusan dari ros?
Dan apa beza persatuan penduduk dan krt.
bezanya adalah persatuan berdaftar dengan ROS dan fungsi lebih kepada hal ehwal penduduk taman.
KRT pula berdaftar dengan Jabatan Perpaduan dan fungsi lebih kepada keselamatan . macam rondaan..
Salam tuan.. berapa ramai ahli diperlukan untuk jawatankuasa penaja buat mesyuarat agung..
jawatankuasa penaja cukup 7 orang sahaja….
Tuan.
Semasa hendak membuat pendaftaran di ROS boleh tak tuan nyatakan apa yang hendak kita sertakan. Contohnya
1). Senarai penduduk
2). Mesyuarat penduduk
Terima kasih
saya ada tulis dekat atas tu..
mungkin tuan kurang faham..
saya terangkan sedikit.
1) Tidak perlu senarai penduduk.. ( pengalaman saya, agak sukar nak dapatkan senarai penduduk..)
2) Mesyuarat penduduk boleh dilakukan untuk menentukan AJK penaja. Tapi tak semestinya diperlukan. Jika anda cukup 7 orang boleh buat AJK penaja
tuan juga boleh rujuk
https://www.eroses.gov.my/download/manual_induk.pdf
Pendapat saya, jika nak buat persatuan penduduk cari
1) Pengerusi – yang berpengalaman. Dihormati penduduk dan AJK.. Jangan yang macam kawan-kawan. Bila arahan diberi Pengerusi AJK tak ikut..
2) Setiausaha – seorang yang rajin dan mempunyai banyak masa untuk menguruskan hal-hal dokumen.
3) Bendahari – pengalaman menguruskan kewangan..
Jika 3 kepala ini baik, boleh berjaya. Jika tidak, ia akan terkubur..
Salam tuan, taman sy sangat baru dan saya dan beberapa jiran ingin menubuhkan jawatankuasa sementara.. utk buat mesyuarat ahli utk buat perlantikan ajk rasmi.. tp kami tiada dana utk buat perjumpaan sebab masalah kos dan lokasi perjumpaan.. bolehkah tuan kongsi pengalaman tentang ini? Adakah cara nak cari penaja pada sebelum tertubuhnya persatuan..
pengalaman saya penaja adalah orang taman sahaja..
masalah kos apa ye? lokasi perjumpaan cuba cari balai raya atau cari tempat awam…
pada permulaan AJK memang kena korban sikit. untuk dana kena mohon dengan ROS.
boleh rujuk https://www.ros.gov.my/
Salam Tuan, untuk pendaftaran ahli tu terhad kepada 1 ketua keluarga bagi setiap rumah atau anak dan isteri boleh mendaftar sebagai ahli juga?
bergantung kepada perlembagaan persatuan.. kena tetapkan awal-awal
kami buat untuk 1 ketua keluarga je..
Assalamualaikum Tuan…
Terima kasih di atas perkongsian ini.
Boleh saya dapatkan kepastian untuk flow penubuhan persatuan ini berdasarkan kepada penerangan Tuan di atas.
Langkah pertama adalah untuk ahli taman bermesyuarat dalam memilih 7 AJK Penaja. Kedua, AJK Penaja ini akan bertanggungjawab untuk menubuhkan persatuan penduduk melalui pendaftaran di ROS negeri atau permohonana online.
Seterusnya, baru Mesyuarat Agung pertama akan dibuat bersama dengan penduduk.
Boleh saya dapatkan kepastian Tuan jika aturan ini adalah betul.
Betul..
Untuk kepastian lebih tepat boleh ke pejabat ROS berdekatan
Rujukan di atas memang bagus untuk first timer register persatuan penduduk
Terima Kasih
tapi pentingnya AJK tertinggi yang boleh komited.. jangan sorang atau dua je konited.. tak jalan
is it allowed by JPPM for one taman to have 2 RA? ex. persatuan penduduk taman xyz 1, xyz 2 ? persatuan asal ialah persatuan penduduk taman xyz. (original /induk)
cuba rujuk JPPM..
kalau ikutkan macam boleh..
sebab ianya persatuan bukan pengerusi JKKK/JPKK yang ikut kawasan,
apapun saya rasa elok tuan kontak ROS.