Assalamualaikum
Agak penat minggu ni dengan pelbagai aktiviti. Ketika menaip ni pun perasaan penat masih ada dalam diri ini. Macam-macam hal juga yang berlaku dan rasanya elok aku tulis sekali dalam entri ni.
Malas pula nak buat pecah-pecah entri. Nanti tak bertaip pula cerita-cerita yang boleh aku kongsikan ni.
Main Bola Sepak di Dusun Datuk Murad
Korang pernah tau tak pasal Dusun Datuk Murad? Dulu masa mula-mula dulu aku ingatkan ni tempat banyak pokok buah-buahan terutama durian macam kat kampung. Walaupun adalah sikit pokok buah-buahan namun ianya adalah tempat dimana terdapatnya banduan.
Inilah tempat yang dinamakan Penjara Dato’ Murad. Jangan tanya berapa cell penjara kat sana sebab aku tak tau.
Yang aku tau kat sini ada padang bola sepak yang biasa digunakan untuk perlawanan persahabatan. Ini merupakan kali kedua aku bermain di sini. Sebelum ini pernah beraksi juga menentang pasukan Pejabat Tanah Galian. Tapi pada hari Khamis lepas team kami beraksi menentang pasukan Kumpulan Melaka Berhad.
Aku beraksi dibahagian pertahanan kiri dan senang sekali dibolosi oleh pemain sayapnya yang lebih tinggi dan lebih atletik. Takpelah. Main suka-suka untuk keluar peluh. Dalam perlawanan tu aku sempat mencuba kasut Lotto yang baru kubeli di Jasin.
Dengar cerita akan ada lagi perlawanan persahabatan, mungkin boleh guna lagi kasut Lotto berharga RM85 tu.. Harapnya lah.. Dan mungkin dapat perbaiki sikit dari aspek pecutan supaya sekurang-kurangnya dapat mengawal kawasan dengan lebih baik.
Main Boling di MIBC
Hari Jumaat malam pula pejabat mengadakan perlawanan main boling yang melibatkan semua kakitangan. Adoi. Aku memang pengkau sikit main boling ni. Berada dalam kumpulan dan markah jatuhan pinku paling tercorot. Malu pula nak join main boling lagi lepas ni…
Dilantik jadi Setiausaha Taman
Pada malam Sabtu pula aku mendapat jemputan untuk majlis suaikenal taman. Seperti ku jangkakan pasti ada lantikan-lantikan Ahli Jawatankuasa. Memandangkan aku pendatang baharu di taman ini, aku tak jangka dipilih tapi nampaknya Pengerusi MPKK petik pula diriku untuk jadi Setiausaha.
Takpelah, terima sahaja dulu. Tengok macam mana situasi yang akan berlaku nanti. Mungkin ini boleh jadi sedikit pengalaman bagi diriku cara untuk berada dalam posisi pentadbiran taman. Lagipun bapaku dulu Tok Sidang jadi kenalah ambil sedikit skill dari arwah bapaku. Sebenanyanya banyak yang ingin aku utarakan nanti.
Buat masa ni kena kenal dulu penduduk taman sebelum emnjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha taman.
Hari Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
Hari Ahad pula aku mengikuti hari keluarga tempat kerja isteri. Hari Keluarga yang simple tapi meriah. Makan pagi masak sendiri je sambil ada beberapa acara sukaneka yang diaturkan oleh urusetia. Memang menarik sebab kalau ikutkan kakitangan ada kurang dari 20 orang tapi mereka dapat laksanakan dengan baik.
Program tersebut dibuat di Pantai Puteri. Si Fatih pula sibuk bermain pasir dengan lori yang dipaksa beli ..
Okay cukuplah cerita pendek yang aku tulis hari ini. Minggu depan ada Team Building mungkin kena rehat lagi ni.
3 Replies to “Main Bola, Bowling , Kemas Rumah, Dilantik Setiausaha Dan Hari Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah”