Korang biasa tukar minyak hitam kereta? Biasa kalau orang kampung, kita akan pergi ke bengkel pomen akan syorkan beberapa jarak perjalanan ataupun tempoh masa untuk menukar minyak hitam.
Oo lupa, kalau ikut bahasa mekanik, minyak hitam ni adalah minyak pelincir. Tapi memandangkan aku ni orang kampung dan biasa kalau pergi mana-mana bengkel pun biasa orang akan cakap minyak hitam berbanding minyak pelincir.
Tapi janganlah korang ingat minyak yang baru ni warnanya hitam sebab kalau dah gelap sangat dah timbul bahaya pula.
Macam mmana nak pilih minyak hitam yang bagus? Aku tak berani nak bagi pendapat sebab aku bukan Mekanik tapi korang boleh tengok link dari Website Mekanika ni.

| Kereta Hampir Overheat , Isunya adalah….. |

Kalau tukar minyak hitam kat kedai memang biasanya pomen akan mencadangkan minyak yang baik dan mahal. Yelah, meniaga mesti nak untung kan. Tapi kalau kita ada sikit kelebihan atau ada kawan atau adik beradik yang mempunyai skill dan keyakinan pasti dapat menjimatkan sikit kos.
Baru-baru ni kereta peninggalan arwah bapaku (yang telah ditukar nama adik) perlu diganti minyak hitamnya. Bernasib baik sebab adik lelakiku mempunyai skill dan keyakinan untuk menukar minyak hitam tu. Memang bukan tugas mudah sebab korang kena ada kemahiran seperti mengangkat kereta menggunakan jack.
Lepas tu masuk di bawah hud kereta untuk mencari tempat pemasangan ‘oil filter’. Yup, bila nak ganti minyak hitam, oil filter pun kenalah tukar kalau tidak minyak yang baru tu akan jadi kotor je tak berapa lama pakai. Itu akan memberi kesan kepada kualiti kereta tu juga.

Oil Filter yang digunakan untuk menapis minyak hitam. Pastikan beli ikut kenderaan anda. Jangan silap pilih nanti tak boleh masuk
Minyak hitam yang cukup hitam. Dah lama tak ganti tu
Lubang untuk masuk minyak hitam
Minyak Hitam jenama TITAN. Harga RM50 je. Okaylah untuk perjalanan dekat
Ruang letaknya minyak hitam

Bila check kereta Waja yang bapaku beli dari tender UTeM , di dapati minyak hitam telah hampir kering. Ye, mana nak tau ? Lepas buka hud kereta di depan kena cari batang yang mengukur tahap minyak tu. Masa check tengok batang tu tiada kesan minyak.
Ini petanda yang bahaya dimana ia boleh mengakibatkan enjin rosak dan pasti banyak masalah yang akan timbul selepas ini.
Selepas mengganti minyak hitam, adikku melakukan test pada aircond pula dan didapati ianya mengalami masalah yang agak teruk. Tiada angin walaupun suis didalam dibuka. Nampaknya banyak juga perlu diperbaiki kalau kereta tu nak dijual atau digunakan semula.
Apapun memang banyak yang boleh dipelajari sekiranya kita bertanya dengan orang yang lebih tahu tentang enjin ini. Selain dari tidak lagi dikelentong oleh Pomen bermata duitan kita juga boleh menjimatkan kos sendiri.
Takdelah asik ikut cakap pomen nak suruh ganti itu ganti ini.

Okaylah cukuplah serba sedikit. Kalau korang ada ilmu-ilmu tentang kereta, boleh kita kongsi selaku individu yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang enjin-enjin ni.Bagi yang pakai kereta lama tu , aku nasihatkan sentiasalah jaga minyak hitam ikut jadual kerana efeknya memang tinggi.

One Reply to “Kereta Waja Tukar Minyak Hitam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.