Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Lama betul aku tak menaip di blog ni. Kesibukan dengan kerja , ditambah pula channel Youtube semakin berkembang menyebabkan aku sedikit meninggalkan karya disini. Hampir-hampir sahaja domain ini ditamatkan. Tapi aku cuba juga mencari sedikit bajet untuk kembali menghidupkan kembali.
Alhamdulillah telah kembali bernya namun aku masih dalam keadaan belum bermotivasi untuk meneruskan coretan di sini. Banyak perkara yang aku buat tak diceritakan disini tapi ada di channel VLog aku disini
Macam pergi ke Jeram Sungai Talan baru-baru ni..
Perarakan Maulidul Rasul
Ini antara kisah-kisah yang dahulunya aku taip disini. Kepada korang yang mungkin pernah singgah ke blog ini aku ucapkan terima kasih. Akan ku cuba kembali mencoret menjadi karya diri ini.