Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku rasa korang memang ada benda yang korang nak buat lepas Perintah Kawalan Pergerakan ni kan? Ye lah, dah terperap je kat rumah.
Cuma kadang-kadang je keluar kan. Memang kenalah ikut saranan kerajaan. Apatah lagi aku ni pun bukan orang yang kuat imunitinya.
Ada sikit penyakit diabetes jadi kenalah jadikan pedoman kan. Jangan buat pasal pula nak bercampur dengan orang sekeliling. Almaklumlah penyakit Coronavirus ni cukup ganas sehingga telah menyebabkan jutaan manusia dijangkiti di seluruh dunia.
Malahan di Malaysia (ketika artikel ini ditaip) angka kematian telah melebihi 60 orang. Sehinggalah rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Sebelum ini telah 14 hari kawalan PKP dilaksanakan dan disambung lagi 14 hari hingga ke 15 April 2020 namun berdasarkan keadaan semasa macam ada sambungannya je lagi ni.
Aku pun ada menghasilkan beberapa video Youtube berkaitan PKP ni (korang boleh tengok di channel aku ). Memang mengharapkan agar PKP ini dapat selesai segera. Memang ramai yang terkesan dengan PKP ini terutama dari segi ekonomi masing-masing.
Ramai yang menghadapi dugaan lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi penyakit ini mahupun mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat virus ini.
Meskipun aku kurang yakin PKP akan ditamatkan pada 15 April 2020 namun aku berharap selepas tarikh itu mungkin ada sedikit kelonggaran untuk aku lakukan beberapa aktiviti seperti :-
1) Menggunting rambut. Rambut aku dah agak panjang. Begitu juga dengan anak aku. Mungkin pakcik gunting rambut perlu diberikan SOP baharu bagi membendung penularan virus ini dikalangan pelanggan. Nak gunting sendiri takut tobek pula rambut ni…
2) Nak beli cermin mata. Cermin mata ni dah berusia 5 tahun dan perlu diganti. Aku pun dah mula tak nampak ni.
3) Nak beli minyak hitam, oil filter. Aku nak buat video DIY untuk ganti minyak hitam ni. Tapi tu le nak pergi kedai pun kebanyakan tutup. Tapi ada nampak bengkel kat opis tu buka. Mungkin boleh cuba tanya nanti.
4) Nak berjogging dan cuba pertajamkan skill freestyle bola. Hehehehe. Nak cuba kembangkan Insta aku yang ada penambahan follower tu. Tapi tu le, kalau content takde tak boleh jalan juga… OOo ye, aku nak beli kasut jogging juga memandangkan kasut Kronos ni dah mula menampakkan kepayahan.
5) Banyakkan pergi jemaah di masjid. Masa ni baru rasa rindu kat masjid kan? Ye lah dah berapa bulan tak ke masjid.
6) Balik rumah mak. Ikutkan rumah mak aku cuma 20 minit je tapi ikut arahan kerajaan, Takut pula ada jangkitan ke sana pula nanti.
Ada idea jenama apa tak?
Okay aku rasa cukuplah serba sedikit apa yang aku nak buat selepas Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat. Tapi walaupun tamat masih kena berhati-hati sebab pandemik ni belum ada ubatnya lagi..